Ibadah

6 Hikmah Di Sebalik Anda Mengejar Peluang Berpuasa Di Bulan Syaaban

Oleh Rabiatul Adaweeyah  •  29 Apr 2017  •  3 min baca

Bulan Syaaban merupakan bulan yang diapit oleh bulan Rejab (bulan haram) dan bulan Ramadan al-Mubarak. Umat Islam dianjurkan berpuasa pada bulan ini termasuklah mengantikan puasa-puasa yang tertinggal pada Ramadan yang lalu.

Berpuasa pada bulan ini juga adalah salah satu amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun, apakah hikmah dan kebaikan dianjurkan berpuasa pada bulan Syaaban ini?

#1 – Syaaban Adalah Bulan Manusia Lalai

Dikatakan bulan Syaaban adalah sebagai bulan manusia terlalai. Ini kerana selepas menghayati keistimewaan bulan Rejab (yang termasuk dalam bulan Haram) dan sebelum memasuki bulan Ramadan al-Mubarak, umat Islam seolah terleka sebentar sebelum menghadapi bulan puasa yang sebenarnya.

Oleh itu, anjuran berpuasa di bulan ini adalah sebagai penringatan kepada umat Islam untuk lebih bersedia menghadapi Ramadan nanti.

“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rejab dan Ramadan. Ini adalah bulan dimana amal-amal diangkat menuju Rab semesta alam. Dan saya ingin ketika amal saya diangkat, saya dalam keadaan berpuasa.”Hadis Riwayat an-Nasa’i

#2 – Bulan Yang Rasulullah S.A.W Banyak Berpuasa

Nabi Muhamamd s.a.w kerap berpuasa dalam setiap bulan sebanyak tiga hari. Namun ketika mengampiri Ramadan, Baginda menambah bilangan puasanya pada bulan Syaaban.

Baginda juga banyak melakukan amalan soleh lain pada bulan ini sehingga menemui bulan Ramadan al-Mubarak.

#3 – Latihan Menghadapi Ramadan

Berpuasa di bulan Syaaban adalah latihan atau persediaan sebelum memasuki bulan Ramadan. Jika seseorang itu sudah terbiasa berpuasa sebelum tibanya Ramadan, sudah tentu lebih mudah menghadapi puasa di bulan Ramadan kelak.

Begitu juga dengan amalan lain yang sudah terbiasa dilakukan pada bulan lain, akan lebih senang ditingkatkan pada bulan puasa sebenarnya nanti.

Bukan itu sahaja, persediaan itu juga akan membuatkan seseorang itu lebih bersemangat menyambut bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ikhlas.

#4 – Mendekatkan diri Dengan Amalan Sunnah

“Dan sentiasa hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku akan memberi petunjuk pada pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, memberi petunjuk pada penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, memberi petunjuk pada tangannya yang ia gunakan untuk memegang, memberi petunjuk pada kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia memohon sesuatu kepadaKu, pasti Aku mengabulkannya dan jika ia memohon perlindungan, pasti Aku akan melindunginya.”Hadis Riwayat Bukhari

Bulan Syaaban juga adalah sebagai bulan amal dan bulan Rasulullah s.a.w, dengan itu jika terdapat sesiapa yang melakukan sunnah ini sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala.

Sesiapa yang sentiasa melakukan amalan sunnah juga akan mendapatkan kecintaan Allah s.w.t, serta diberi petunjuk pada pendengaran, penglihatan, tangan dan kakinya. Allah s.w.t juga akan menganugerahkan golongan ini dengan dimakbulkan doanya.

#5 – Mengingati Kemenangan

Pada bulan Syaaban berlaku peristiwa pertukaran arah kiblat umat Islam dari Masjidil Aqsa kepada masjidil Haram.

Akibat perpindahan itu maka orang yang berpuasa pada bulan ini turut meraikan kemenangan umat Islam dari Yahudi (cercaan dari Yahudi yang suatu ketika dulu berkongsi kiblat ke arah Masjidil Aqsa juga).

#6 – Banyak Faedahnya Berpuasa

Terdapat banyak kelebihan berpuasa dari perlbagai aspek, antaranya dengan berpuasa akan menjadikan badan kita sentiasa sihat. Sabda Rasulullah s.a.w;

“Berpuasalah kalian maka kalian akan sihat.”Hadis Riwayat Thabrani

Bagi yang ingin menjalankan puasa Syaaban, tidak ada hari khusus untuknya ataupun bebasa dilakukan pada bila-bila masa, termasuklah mengqada puasa atau berpuasa sunat.

Kesimpulannya, puasa di bulan Syaaban sangat dekat dengan puasa Ramadan. Maka puasa pada bulan Syaaban juga memiliki kepentingan tersendiri dalam menambah keimanan dan ketawaan kepada Allah s.w.t.

Semoga segala usaha dan persediaan puasa di bulan Syaaban membantu meraih kesempurnaan dan kemuliaan Ramadan yang mulia nanti.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rabiatul Adaweeyah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam Pengkhususan Pengajian Media Dan Sejarah. Sekarang bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan buku.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami