Wanita

Belum Sampai Seru Untuk Berhijab?

Oleh Marina  •  25 Apr 2017  •  3 min baca

“Ala.. rimaslah tutup-tutup ni. Hish. Dah la panas.”

“Hang nak pakai tudung, pakailah. Aku nak jadi diri sendiri. Nanti dah sampai seru, aku pakailah.”

Buntu? Sudah kering idea untuk menasihati mereka yang belum bertudung? Mungkin, ada yang tidak kena pada tutur kata kita yang seakan-akan mendesak atau memaksa.

Bukankah kehidupan ini suatu proses? Tiada yang kelihatan sempurna serta-merta. Sesungguhnya, Allah SWT tidak menilai seseorang itu dari hasil yang didapatinya, tetapi atas segala usaha yang dilakukannya.

Firman Allah SWT ada menyatakannya;

“Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu…”(surah at-Taubah : 105)

Jika anda berada dalam situasi ini, usah bimbang. Ada jalan penyelesaiannya. Jika anda benar-benar menyayangi mereka yang belum berhijab, apa kata cuba tips di bawah ini;

#1 – Memberi Hadiah

Apa kata, berikan mereka hadiah seperti tudung, buku atau majalah yang berkaitan dengannya. Letakkan tudung itu dengan bungkusan berbunga-bunga atau dengan warna yang digemarinya agar dapat menawan hatinya. Bukankah dengan pemberian hadiah juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan kasih sayang?

#2 – Mengajak Ke Majlis Ilmu

Tidak dinafikan, banyak persatuan mahupun organisasi sama ada badan kerajaan mahupun swasta mengadakan forum berbentuk islamik. Hal ini bagi mendidik masyarakat ke arah yang lebih baik.

Mungkin, anda boleh manfaatkan peluang ini untuk mengajak teman-teman ke majlis seumpama ini, yang sudah pasti memberi input yang baik. Jika mereka menolak, cubalah cara lain iaitu dengan menghantar apa jua perkongsian ilmu daripada You Tube dan seumpamanya.

#3 – Sentiasa Follow-Up

Jangan sisihkan mereka tetapi sentiasalah update dan follow-up perkembangan diri mereka. Hantarkan mesej berbentuk kata-kata mutiara islamik atau kata-kata motivasi setiap hari atau seminggu sekali kepadanya. Ini menunjukkan anda concern padanya dan sudah pasti dirinya berasa dihargai serta disayangi.

#4 – Hantarkan Tutorial Bertudung

Dengan teknologi yang sedia ada pada zaman sekarang, mudah untuk didapati apa jua tutorial. Ini termasuklah tutorial untuk bertudung. Apa kata, hantarkan tutorial bertudung itu ke dalam group whatsapp secara random. Jadi, tak nampaklah anda seolah-olah menfokuskan kepadanya seorang, kerana group tersebut ramai.

#5 – Ikon Muslimah

Jika anda perasan, kini ramai selebriti sudah mulai berhijab. Mungkin, anda boleh mengambil mereka sebagai contoh. Pujilah selebriti ini di hadapan rakan, ahli keluarga atau saudara mara anda yang masih belum berhijab. Siapa tahu, dirinya juga turut tergerak hati untuk mencontohi selebriti tersebut?

#6 – Tidak Putus Berdoa

Di samping usaha seperti di atas, doa juga amatlah perlu dan penting. Ini kerana, doa adalah senjata utama bagi setiap mukmin. Setiap doa akan didengar oleh Allah SWT. Lambat atau cepat doa tersebut dimakbulkan bukanlah penting, apa yang penting adalah usaha anda. Yakinlah, tiada doa yang tidak didengariNya.

“Kelmarin menjadi pelajaran, hari ini pengalaman dan esok memperbaiki langkah. Inilah keadaan dunia. Kita hidup dan belajar.”(Mutiara Kata Islam)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami