Gaya Hidup

15 Rahsia Hidup Bahagia Dan Berjiwa Lapang

Oleh Marina  •  2 Apr 2017  •  4 min baca

Apakah perasaan anda saat ini? Sedih, kecewa, marah, atau bahagia? Bahagiakah anda sekarang? Apa makna ‘bahagia’ dalam hidup anda? Adakah apabila seseorang itu memiliki kekayaan yang melimpah ruah, itu dinamakan bahagia?

Atau, adakah jika dia berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara baru diri berasa bahagia?
Ternyata, ‘bahagia’ itu subjektif dan berbeza bagi setiap orang.

Mengapa demikian? Ini kerana bahagia itu letaknya di hati, tidak kira siapa anda dan hanya anda yang boleh menentukan bahagiakah anda?
Berikut dikongsikan 15 rahsia untuk beroleh hidup bahagia, antaranya;

#1 – Ketawa

Ketawa adalah ‘ubat’ bagi segala keinginan yang tidak tercapai dalam hidup. Dengan tertawa, tubuh akan menggerakkan hormon kebahagiaan (endorphin).

#2 – Sentiasa berfikir positif

Buangkan segala pemikiran negatif yang hanya akan menambahkan kekusutan dalam kepala. Sentiasalah berfikiran positif dengan menghargai segala kebaikan yang ada di sekitar kita. Ternyata, orang yang sentiasa positif akan lebih bahagia berbanding mereka yang sibuk mengeluh tentang kehidupan yang dilaluinya.

#3 – Berjalan Kaki

Tahukah anda, dengan berjalan kaki atau berjogging ia akan membantu jantung bergerak dengan lebih aktif dan tekanan darah menjadi normal. Hal ini turut disarankan oleh para doktor kepada mereka yang stress atau mengalami tekanan dalam hidupnya.

#4 – Ringan Tulang

Ringan tulang di sini bermaksud, rajin membantu orang lain. Contoh mudah, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja di rumah. Dengan membantu menyelesaikan urusan orang lain tanpa mengharapkan apa jua balasan, secara tidak langsung membuatkan orang senang dengan kita dan hal itu memberi kesan positif pada diri.

#5 – Gunakan Aroma Terapi

Aroma terapi yang memiliki pelbagai bauan wangi ternyata mampu memberikan kesan kepada minda kita. Dan, setiap bauan mempunyai fungsinya tersendiri.

Sebagai contoh, bauan lavender dapat membuatkan fikiran kita lebih relaks, manakala bauan bunga ros pula boleh meningkatkan kekuatan otak dan mengurangkan rasa panik mahupun gelisah.

#6 – Pergi Ke Tempat Yang Tenang

Carilah mana-mana tempat yang aman dari hiruk-pikuk dan boleh menenangkan jiwa, mengurangkan tekanan kerja dan sebagainya. Dengan cara ini, secara tidak langsung membuatkan fikiran dan hati berasa lapang serta bahagia.

#7 – Pilih Hobi Yang Bersesuaian

Berkebun, berenang, bersukan, membaca, membeli belah, menulis atau apa jua hobi mahupun aktiviti yang anda gemari lakukanlah asalkan, hal tersebut dapat membuatkan diri anda bahagia.

#8 – Hindarkan Dari Multitasking

Sebahagian orang, boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Namun, kebanyakannya akan mengalami tekanan kerja yang amat tinggi kerana berusaha sedaya upaya untuk menghabiskan segala kerja dalam masa yang sama.

Ternyata, hal itu kurang bagus. Lebih baik, lakukannya satu persatu kerana ia lebih fokus dan mengurangkan tekanan.

#9 – Menjaga Kebersihan Diri Dan Tempat Tinggal

Suasana tenang dan persekitaran yang bersih ternyata dapat menjadikan diri berasa lebih santai dan rileks. Apa yang anda rasa dan alami jika melihat tempat yang kotor dan menjijikkan? Sudah tentu tidak selesa bukan? Bahkan, ia menambah kekusutan dalam fikiran.

#10 – Mendengar Muzik Yang Menyenangkan

Tahukah anda, muzik ternyata sangat efektif untuk menenangkan otak saraf dan mengurangkan tekanan. Dan, dikatakan muzik juga mampu menghasilkan perasaan bahagia melalui rangsangan di bahagian otak.

#11 – Tidur Secukupnya

Salah satu penentu atau mood seseorang adalah dengan melihat waktu tidurnya. Jika menginginkan hidup yang sihat dan bahagia, pastikan anda mempunyai waktu tidur yang cukup pada setiap hari. Waktu yang ideal untuk tidur adalah antara 7 hingga 8 jam.

#12 – Luangkan Masa Dengan Diri Sendiri

Mungkin selama ini anda sibuk dengan urusan kerja atau sering berhubung dengan pelbagai ragam manusia sekeliling, sehingga membuatkan hidup anda sedikit tertekan dan kurang bahagia.

Justeru, ambillah sedikit waktu untuk luangkan kepada diri sendiri contohnya melakukan aktiviti yang anda gemari, berjalan-jalan, berbelanja untuk diri sendiri dan sebagainya.

#13 – Menjaga Hubungan Dengan Orang Sekeliling

Dengan mempunyai hubungan yang baik dengan orang sekeliling, ternyata ia mampu mengurangkan sedikit tekanan dalam diri. Seterusnya, menjadikan anda seorang yang bahagia.

#14 – Bersyukur Dengan Apa Yang Kita Miliki

Bersyukur dan hargailah setiap apa yang kita miliki. Dengan bersyukur, Allah SWT akan menambahkan lagi rahmat dan nikmat-Nya.

#15 – Mulakan Setiap Hari Dengan Perkara Yang Baik

“Setiap hari adalah permulaan untuk sesuatu yang indah.”

Lupakan segala kesedihan mahupun kekusutan yang berlaku semalam. Hari ini mulakan dengan semangat dan jiwa yang baru.

Sebelum ke tempat kerja, mulakanlah dengan menyiram tanaman di sekitar rumah atau memberi makan kepada binatang peliharaan (jika membela kucing, hamster dan sebagainya).

Dalam perjalanan ke tempat kerja pula, singgahlah di mana-mana surau mahupun masjid untuk bersedekah atau belikan beberapa biji kuih untuk diberikan kepada rakan sekerja.

“Kebanyakan orang mencari kebahagiaan di luar dirinya. Ini adalah suatu kesalahan kerana kebahagiaan sejatinya ada dalam diri kita.”(Kata Mutiara)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami