Oleh Rabiatul Adaweeyah • 26 Mar 2017 • 2 min baca
Penyusuan kanak-kanak yang baru lahir atau disebut dalam bahasa Arab sebagai ‘ridha’ atau ‘radha‘ah’. Maksud ‘Radha‘ah’ di sini adalah masuknya air susu seseorang perempuan ke dalam perut seorang kanak-kanak yang umurnya tidak lebih daripada dua tahun qamariah.
Dalam ajaran Islam, penyusuan anak susuan ini sememangnya telah disyariatkan, seperti firman Allah SWT:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.”(al-Baqarah: 233)
Namun, terdapat beberapa permasalahan yang harus ditelitikan oleh para ibu dan anak susuannya;
#1 – Seseorang wanita yang menyusukan seorang bayi itu, maka bayi itu menjadi anak susuannya dan suaminya, dan dikira sebagai mahram dengan mematuhi dua syarat, iaitu:
– Penyusuan dilakukan ketika usia bayi di bawah dua tahun dengan kiraan kalendar Hijrah. Sekiranya penyusuan berlaku kepada bayi berusia lebih dua tahun, ia tidak dikira sebagai mahram dengan ibu dan ayah susuannya.
– Wanita itu telah menyusukan bayi berkenaan sebanyak lima kali kenyang (lima kali susuan) pada waktu yang terpisah-pisah.
#2 – Anak susuan haram mengahwini perempuan yang pernah disusukan oleh ibu susuan yang sama, termasuk anak-anak perempuan dan cucu perempuan ibu susuannya
#3 – Adik-beradik susuan, iaitu anak-anak ibu susuan dan ayah susuan dikira sebagai mahram muabbad (kekal). Hubungan dengan ahli keluarga lain seperti ibu saudara, ayah saudara, anak ibu saudara dan sebagainya tetap bukan mahram.
#4 – Ayah susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak perempuan susuannya.
#5 – Daripada aspek pembahagian harta pusaka, anak susuan tidak berhak ke atas harta peninggalan ibu susuannya. Namun dibolehkan jika pemberian harta kepadanya berbentuk hadiah atau wasiat yang tidak melebihi 1/3 dari harta ibu susuannya.
Berikut adalah mahram kepada anak susuan secara kekal
i. Perempuan yang menyusukan
ii. Suami ibu susuan
iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
v. Adik beradik kepada ibu susuan
vi. Adik beradik kepada bapa susuan
vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
viii. Anak-anak kepada ibu susuan
ix. Anak-anak kepada bapa susuan
Islam membenarkan seorang ibu untuk menyusukan bayi lain kerana dalam sesuatu keadaan, terdapat kebaikannya ibu kandung bayi tersebut meninggal dunia ataupun menghidap penyakit yang menghalangnya daripada menyusukan anaknya itu.
Islam juga menganggap hal tersebut sebagai salah satu cara dalam berbuat kebaikan dan kebajikan sesama manusia. Dengan itu, hubungan antara ibu susuan dan anak susuan itu haruslah dipelihara sebaiknya demi menjaga keturunan dan kesucian Islam.
Rasulullah SAW sendiri mempunyai ibu susuan iaitu, Tsuwaibah al-Aslamiyah dan Halimah al-Saadiah.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.