Gaya Hidup

4 Tips Menjaga Ketrampilan Seperti Rasulullah

Oleh Rabiatul Adaweeyah  •  24 Mar 2017  •  3 min baca

Islam sangat menitikberatkan ketrampilan dan kebersihan diri, sama ada secara zahir atau batin. Dengan itu umat Islam sangat dianjurkan untuk sentiasa membersihkan diri serta menjaga penampilan diri agar sejajar dengan ajaran Islam.

Rasulullah s.a.w juga telah menunjukkan contoh yang baik dalam menjadi Muslim yang bersih,suci dan berktrampilan terutamanya dalam penampilan diri dan cara berpakaian.

#1 – Berpakaian Putih

Baginda Rasulullah s.a.w sangat gemar memakai pakaian yang berwarna putih. Warna putih adalah salah satu warna kesukaan Baginda yang juga menampakkan kebersihan dan kesucian. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih. Orang-orang yang masih hidup antara kalian hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafankan dengan kain yang berwarna putih. Sesungguhnya, pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik.”Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad

Namun begitu, Baginda tidak pula melarang umatnya memakai warna-warna lain selain daripada warna putih. Baginda juga gemar akan warna hijau bahkan dikatakan oleh para sahabat, baginda juga memakai pakaian berwarna merah dan beberapa warna lain.

#2 – Bersih Dan Kemas

Rasulullah s.a.w sangat terkenal dengan seorang yang kemas dan segak dengan apa-apa pun pakaian yang dipakai oleh Baginda. Selain gemar membersihkan diri, Baginda juga sentiasa mengenakan pakaian yan bersih walaupun pakaian tersebut diperbuat daripada kualiti kain yang rendah dan murah.

Pakaian yang kelihatan cantik itu tidak semestinya dari harga yang mahal asalkan pemakainya seorang yang bersih dan sukakan kekemasan.

Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.”

#3 – Sentiasa Wangi Dan Segar

Rasulullah s.a.w juga amat menggemari minyak wangi, bahkan baginda juga menggalakan umatnya untuk memakai wangian atas beberapa sebab dan keadaan tertentu.

Para sabahat baginda sangat memuji akan wanginya Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Baginda sendiri sudah wangi secara semulajadi atas kurniaan Allah s.w.t.

Anas R.A pernah meriwayatkan;

“Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi daripada bau Rasulullah s.a.w.”Riwayat Bukhari dan Muslim

#4 – Menjaga Tubuh Badan

Rasulullah s.a.w sangat menjaga tubuh badan Baginda agar sentiasa keadaan sihat dan bertenaga. Hal ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menuntut agar umatnya menjaga kesihatan diri dan mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi.

Baginda juga sangat mementingkan keselesaan orang-orang yang berada di sekeliling Baginda dengan menjaga kesegaran diri baginda.

Sudah tentu orang di sekeliling kita selesa apabila badan kita berbau kerana tidak mandi, bahkan nafas yang berbau kerana tidak bersugi. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka bersugi setiap kali mereka hendak melakukan solat.”Riwayat Muslim

Sesungguhnya menjaga ketrapilan diri juga sangat penting agar disenangi oleh manusia sekeliling dan disayangi oleh Allah s.w.t.

Dengan menampilkan diri agar selalu bersih dan kemas akan menjadikan kita hamba yang bersyukur dengan anugerah-anugerah yang ada pada tubuh badan, bahkan amalan ibadah kita juga lebih yakin dan khusyuk.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rabiatul Adaweeyah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam Pengkhususan Pengajian Media Dan Sejarah. Sekarang bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan buku.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami