Kita mempunyai visi peribadi. Begitu juga organisasi kita sama ada syarikat, persatuan dan sebagainya. Apabila Nabi Muhammad S.A.W diperintahkan supaya berhijrah ke Madinah. Dalam perjalanan, baginda bersama Saidina Abu Bakr dan ‘Amir bin Fuhairah bertembung dengan Suraqah bin Malik. Suraqah mahu menangkap Nabi Muhammad untuk mendapat habuan 100 ekor unta. Namun beliau gagal apabila terjatuh beberapa kali.
Nabi Muhammad mendekatinya lalu baginda berkata,
“Mahukah saya pakaikan saudara gelang Raja Kisra?”
Walaupun pernyataan Nabi Muhammad adalah dalam bentuk pertanyaan, ia merupakan satu target yang akan dicapai iaitu menguasai kerajaan Parsi. Secara rasional, ucapan Nabi itu seperti tidak masuk akal. Baginda belum lagi sampai ke Madinah, apa yang berlaku di Madinah nanti pun belum tahu lagi. Tetapi mahu cerita target yang hebat pula.
Visi itu tidak dicapai di zaman Nabi. Ia berlaku 15 tahun selepas ia diucapkan kepada Suraqah iaitu di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab R.A. Umar memanggil Suraqah sewaktu berjaya membuka Parsi. Umar menyempurnakan janji Nabi kepada Suraqah yang sudah Muslim ketika itu.
Dalam strategi hijrah Nabi, walaupun kita masih dalam fasa hijrah, keadaan masih lagi tidak stabil. Masih dalam proses membetulkan diri dan hati. Kita sudah ada bayangan apa yang kita mahu capai dalam masa 15 tahun akan datang. Biarlah ia menjadi rahsia kita dahulu nanti mungkin akan ditertawakan orang pula. Kita tanamkan tekad untuk capai ke tahap itu.
Sometimes you got to run before you can walk. Tony Stark (Ironman)
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.