Bagaimanakah caranya untuk tampil pesona atau menawan di mata pasangan masing-masing? Berikut kami kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh anda cuba .
“Senyuman itu suatu sedekah”, apatah lagi jika suami atau isteri masing-masing tersenyum antara satu sama lain. Pahala ibadah berlipat kali ganda mereka peroleh. Malah, senyum juga satu terapi buat pasangan.
Iyalah, cuba bayangkan kalau suami atau isteri balik kerja dalam keadaan kepala berserabut, akibat stress di tempat kerja. Pulang ke rumah disambutnya dengan muka yang masam. Agak-agak, meredakan stress atau bertambah stress?
Tidak kira suami atau isteri, sentiasalah bermanis muka untuk merasai nikmatnya ibadah ini dalam rumahtangga. Tak percaya? Cubalah. Jangan malas nak senyum ya!
Ha! Yang ini juga penting. Amat penting. Penampilan luaran sama ada suami atau isteri juga perlu dititik beratkan. Siapa yang suka serabai, berbau busuk, berpakaian lusuh?
Rasanya semua orang mahukan sebaliknya. Berpakaian kemas, rapi, berbau wangi dan bersih. Alahai, mudah kata yang sejuk mata memandang. Nak duduk dekat-dekat pun rasa selesa saja. Betul tak?
Sayangnya, biasa kita lihat apabila di rumah isteri mahupun suami hanyalah berpakaian biasa-biasa. Apabila keluar dari rumah, fuhh dressing dari hujung rambut hinggalah hujung jari kaki. Kalau boleh, biarlah seiring.
Tak kira di luar rumah atau dalam rumah, usahalah untuk sentiasa cantik di hadapan pasangan masing-masing. Tak rugi pun. Dapat pahala ibadah lagi. Bukankah pasangan itu saling menyenangkan?
Matang di sini bermaksud dari segi pemikirannya. Kerana apa? Penting sangatkah? Ya, apatah lagi di alam rumahtangga ni, ada pasang surutnya. Pentingnya kematangan dalam pemikiran ini apabila rumahtangga mengalami permasalahan atau sekiranya terdapat perkara yang perlu dibincangkan bersama.
Orang yang kurang matang biasanya akan bertindak dengan emosinya berbanding akalnya. Bahkan, kematangan juga mampu menawan hati pasangan disebabkan bijaknya dalam tindakan juga pemikiran dalam mengatasi sesuatu perkara.
Setiap hari, cuba ucapkan kata-kata penuh romantik dengan pasangan. Wanita ni sifatnya sukakan perhatian, belaian, kata-kata romantis dari pasangannya. Kerana apa? Ini menunjukkan, si suami sayang dan cinta padanya.
Walaupun dah bertahun berkahwin, cuba wujudkan suasana romantis ini dalam rumahtangga. Apa salahnya, whatsapp sekejap untuk suami atau isteri, “I love you” atau “I miss you”, confirm produktiviti kerja suami atau isteri pasti bertambah. Dan, tak sabar-sabar nak balik ke rumah temui insan tersayang.
Cuba bayangkan suami isteri duduk satu rumah, tapi bercakap hanya sepatah-sepatah saja. Tak bosan ke? Inilah yang dinamakan ‘kaku dalam komunikasi’. Bagaimana nak lenturkan rasa kaku ni?
Cuba kamu sama ada suami atau isteri yang mulakan dahulu. Bermanja-manja, bergurau senda sedikit, apa salahnya. Rugi tau, dah berkahwin tapi tak rebut pun pahala yang Allah bagi.
Cukup banyak dan mudah nak dapat pahala dari alam perkahwinan ni. Pandang-pandang, jeling-jeling, senyum-senyum, cuit-cuit, demi untuk gembirakan pasangan dah dapat pahala. Cuba tau!
Ini juga memainkan peranan yang amat penting. Jadikan keluarga pasangan itu seperti keluarga sendiri. Jika berlaku perselisihan dalam rumahtangga, ingat! Pasangan kamu itu punyai keluarga yang perlu dijaga nama baiknya.
Bukan ke dengan berkahwin ini akan menyatukan dua buah keluarga dan merapatkan silaturrahim antara keluarga suami dan isteri. Sebab itu, Islam amat menganjurkan pemuda pemudi untuk memilih pasangan yang bukan dari kerabat terdekat. Kerana apa? Ini adalah supaya kita dapat meluaskan pergaulan sesama Muslim.
Mudah-mudahan, melalui tips ini dapat menjadikan diri kita menawan di hati dan mempesona di mata pasangan.
“Suatu perhubungan yang baik adalah yang mendukung kelebihanmu, menerima kekuranganmu dan mendekatkan Tuhan kepadamu.”
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.