Keluarga

Siapa Tahu Bila Dia Nak Mati?

Oleh Pakdi  •  27 Oct 2016  •  2 min baca

Dari RM 66.6 bilion harta beku umat Islam.

RM 6.6 bilion adalah duit tunai.

Mungkin KWSP, Tabung Haji, ASB, Fixed Deposit, savings akaun dan lain-lain.

Selalunya produk bank je tidak ada penama. Lain-lain tu dah ada penama.

Penama ini hanya pemegang amanah sahaja. Bukan penerima harta. Maka yang jadi penama ni kena faham hukum betul-betul, jangan sampai termakan hak orang lain, makan harta anak yatim. Berat sangat kalau makan harta anak yatim langsung tak terdetik rasa bersalah.

Barangkali lebih ramai yang kerja dulu baru kahwin.

Bila dah kerja kena buka akaun KWSP. Sebab masih bujang, penama waktu tu kebiasaannya letak nama emak atau ayah.

Lepas dah kahwin ambil takaful. Waktu tu anak dah ada. Letak nama anak. Orang perempuan lebih suka buat macam tu. Tidak letak nama suami.

Kalau nak bercakap pasal hak, hak asasi memang suka hati pemilik harta lah nak letak nama penama tu siapa. Tapi isu yang besar umat Islam hari ini ialah isu harta beku. RM 6 bilion tu buat macam-macam benda.

Lepas dah mati, slogan hak asasi tak dapat selesaikan isu harta beku ni. Dia dah jadi masalah orang lain yang masih hidup.

Kebiasannya emak ayah meninggal dulu.

Tapi tak mustahil kita yang pergi dulu. Tapi harta-harta tunai sebegini letak nama emak, letak nama ayah atau letak nama anak.

Emak ayah dah tua. Apakah mereka masih larat nak uruskan ?

Boleh jadi waktu kita mati, anak belum cukup umur, belum 18 tahun masa kita meninggal. Sah-sah anak tu tak boleh turun naik pejabat uruskan harta kita.

Terkebil-kebil pasangan kita nak cari duit untuk selesaikan hutang piutang bagi pihak kita sebab kita tak kemaskini nama penama..


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Pakdi

Beliau merupakan seorang perunding dan trainer yang memberikan latihan pengurusan kewangan peribadi dan pelaburan untuk kakitangan jabatan kerajaan dan organisasi swasta. Selain itu banyak menulis tentang topik pengurusan duit gaji, pengurusan hutang dan pelaburan saham.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami