Setiap hari kita bersolat sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Kewajipan mengerjakan solat fardhu inilah yang membezakan umat Islam dengan penganut agama yang lain. Tapi, cukup mengerjakan solat 5 waktu tidak menjadikan kita umat Islam yang cemerlang.
Mendapatkan solat yang khusyuk mungkin memerlukan usaha kuat. InsyaAllah, kita mampu melakukannya dengan langkah-langkah berikut:
Apa yang menjadi keutamaan dalam diri kita akan muncul semasa solat. Oleh itu, jika kita mengutamakan keduniaan, hal-hal dunia dengan mudah akan mendapat tempat semasa bersolat.
Jadi, adalah amat penting untuk kita mempersoalkan hal ini kepada diri kita sendiri. Adakah Allah menjadi tujuan hidup kita atau adakah dunia yang memenuhi hati kita selama ini? Sukar untuk mencapai khusyuk sekiranya kita masih lagi keliru dalam hal ini sedangkan tujuan utama hidup ini sudah tentulah kerana Allah.
Mari kita ingat semula beberapa potong ayat Al-Qur’an yang menerangkan tentang hakikat kehidupan;
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda-gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sesungguhnya lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?”
(Al-An’am: 32)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”
(Ali Imran: 185)
Kita akan lebih fokus jika kita faham apa yang kita baca di dalam solat. Walaupun ramai daripada kita tidak bertutur di dalam Bahasa Arab, namun, maksud bacaan di dalam solat amat mudah ditemui pada masa kini.
Berusahalah untuk mencari dan memahaminya supaya kita tahu apa yang kita ucapkan di hadapan Allah.
Apabila kita memahami apa yang diucapkan di hadapan Allah, kita akan dapat merasai kebesaranNya. Seterusnya keyakinan bahawa Allah memiliki dan berkuasa di atas segala-galanya juga akan bertambah. Perasaan ini secara langsung mendekatkan diri kita kepada Allah.
Jika tercapai perasaan merasai kebesaran Allah, perasaan takut akan mengambil tempat. Kita akan berasa takut untuk melanggar perintah Allah, takut dengan balasan dan murkaNya. Ini menjadikan kita bersungguh-sungguh dalam amalan kita.
Tapi, jika terlalu takut, dikhuatiri kita menjadi lemah dan berputus asa. Oleh itu, perasaan takut itu perlulah seimbang dengan pengetahuan kita tentang kasih-sayang Allah.
Kedua-duanya membawa kita kepada rasa hormat kepada Allah. Untuk segala harapan, kita akan berusaha dan minta kepada Allah agar tercapai impian kita. Khusyuk adalah tanda meningkatnya pergantungan kita kepada Allah.
Setiap hari kita melakukan dosa. Ada amalan yang mungkin terkesan dek kerana rosaknya keikhlasan kita. Menyedari kekurangan dan kelemahan diri membuatkan kita mahu bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.
Orang beriman pasti akan berusaha untuk mencintai Allah melebihi segala-galanya.
Semua langkah mencapai khusyuk di dalam solat ini sebenarnya bertujuan supaya anda lebih dekat dengan Allah. Kerana dengan cara ini sahajalah akan tercapai nikmat bersolat.
Hidup kita di dunia adalah semata untuk menyembah Allah SWT, melakukan segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya. Maka, berusahalah untuk melakukan yang terbaik sebagai hambaNya.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.