Site icon Tazkirah

Ya Allah, Maqbulkan Doaku Ketika Berpuasa

Sewaktu sedang menunggu untuk berbuka, si isteri sedang menghidangkan juadah berbuka. Lalu suami menadah tangan dan berdoa.

“Ya Allah, kurniakanlah sahabat saya Salman seorang isteri.”

“Abang ini buang tabiat berdoa untuk orang lain waktu begini.”

Isterinya berleter sambil menceduk nasi.

Suaminya menyambung doa.

“Ya Allah, kurniakanlah sahabat saya Salman seorang isteri yang cantik dan solehah lagi pandai mengurus rumah tangga.”

Isterinya menjeling tajam. Suaminya berdoa lagi.

“Ya Allah, kurniakanlah sahabat saya Salman itu isteri yang cantik, solehah dan kaya raya.”

Si isteri cubit paha suami.

“Abang jangan cuba memandai-mandai. Saya bukan tidak tahu apa abang sedang lakukan. Mentang-mentanglah doa menunggu waktu berbuka ini antara waktu maqbul. Abang doa pelik-pelik.”

Isterinya membalas.

“Doa pelik apa pula. Abang doakan kawan abang si Salman. Dia mahu cari jodoh. Sudah lama tunggu.”

Si suami memberi penjelasan jitu.

“Alah, saya bukan tidak tahu. Abang sengaja doa begitu supaya malaikat berkata, ‘Amin, untuk kamu pun begitu juga.”

Suami sengih

“Hehehe, apa salahnya, benda baik bukan?”

Exit mobile version