Ibadah

Perniagaan Paling Menguntungkan Di Bulan Ramadhan

Oleh Tim Tazkirah  •  12 Jun 2016  •  3 min baca

Sarjana usahawan bersetuju bahawa lebih 90% perniagaan yang dijalankan oleh mereka secara sepenuh masa mengalami kerugian dan tutup pada tiga tahun yang pertama. Angka ini sentiasa menghantui para usahawan yang mahu dan telah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Namun, perniagaan yang ini tidak perlu tunggu habis tahun pertama, bahkan sebulan sahaja sudah cukup untuk meraih keuntungan yang berganda-ganda malah luar biasa.

Syaratnya mudah sahaja, berpuasa di siang hari selama sebulan seperti mana yang telah difardukan, melakukan amal ibadah seperti yang telah dituntut tanpa menguranginya tetapi perbanyakan.

Jangan risau, pulangannya sudah pun dijanjikan! Nah, perniagaan apakah itu?

Khutbah Rasulullah Pada Akhir Bulan Syaaban

Menurut Salman al-Farisi, Rasulullah menyampaikan khutbah pada akhir bulan Syaaban dan salah satu isinya ialah:

“Oleh itu, perbanyakanlah empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara bagi mendatangkan keredhaan Allah dan dua perkara lagi yang sangat kamu harapkan.

Dua perkara yang pertama adalah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan memohon keampunan-Nya.

Dua perkara yang sangat kamu perlukan adalah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.” Hadis diriwayat oleh Ibnu Khuzaimah

Bagaimanakah Caranya Untuk Mendapatkan Empat Perkara Ini?

Tidak lain dan tidak bukan, melalui perniagaan yang melibatkan dua komponen utama iaitu jiwa dan harta benda orang yang beriman di bulan Ramadhan.

Allah telah berfirman di dalam Surah At-Taubah, ayat 111:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.”

Orang yang beriman pasti merindui kehadiran bulan Ramadhan kerana di dalamnya terdapat banyak kelebihan seperti:

#1. Mendapat tawaran pengampunan terhadap dosa-dosa yang lalu
#2. Pahala yang berlipat kali ganda yang hanya terdapat dalam bulan Ramadhan
#3. Tiga pintu dibuka iaitu pintu rahmat, pintu langit dan pintu syurga
#4. Satu pintu ditutup yakni pintu neraka
#5. Dikurniakan malam Lailatul Qadar

Inilah bonus yang sangat ditunggu-tunggu oleh kita. Perniagaan yang tidak memerlukan modal yang banyak, tetapi mendapat ganjaran yang berlebihan.

Strategi Meraih Keuntungan

Seharusnya kita sudah mula menyusun strategi untuk meraih keuntungan yang telah pun dijanjikan oleh Allah ini. Antara amalan yang boleh dibuat penambahbaikan ialah:

#1. Solat di awal waktu
#2. Mencintai sedekah
#3. Memakmurkan masjid
#4. Membaca Al-Quran pada setiap hari malah bertadabbur

Pada bulan Ramadhan, kita buat kebaikan sedikit, tetapi dibalas pahala yang banyak. Buat kebaikan banyak, lagi bertambah-tambah pahalanya. Semoga amalan di bulan Ramadhan boleh menjadi titik permulaan untuk lebih istiqamah pada bulan berikutnya.

Jauhkan Muflis di Bulan Ramadhan!

Elakkan menjadi orang yang muflis terutamanya terhadap perkara yang sangat mudah kita terlepas pandang, seperti:

#1. Mengumpat
#2. Menyakiti hati orang lain
#3. Tidak tahan sabar
#4. Nafsu yang boleh mengundang pembaziran
#5. Tidur yang berlebih-lebihan

Perniagaan Yang Dijamin Tidak Rugi

Terdapat 3 jenis perniagaan yang dijamin Allah tidak akan rugi iaitu membaca Al-Quran, mendirikan solat dan bersedekah. Seperti mana firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. Surah Fatir, Ayat 29

Sahabat, jangan lepaskan peluang untuk menjadi orang yang kaya di akhirat sana!

Teringat saya dengan status facebook Ustaz Umar Mohammad Noor:

“Para ‘peniaga dunia’ telah merancang untuk meraih keuntungan sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan nanti. Wahai ‘peniaga akhirat’, apa rancanganmu?”

Sumber gambar: photo.sf.co.ua


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami