Dalam Islam setiap hari adalah Hari Ibu untuk kita menghargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka. Bagi yang masih mempunyai ibu, katakan “Terima kasih, ibu”. Katakan semasa mereka sihat, semasa mereka boleh tersenyum gembira mengetahui betapa bersyukurnya kita dilahirkan di dunia ni.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.