Site icon Tazkirah

Filem Pendek Murid-murid Yang Selalu Gagal Dalam Kelas

Teacher's Day 2016

Satu kelas ada 20-30 pelajar dan pelbagai jenis ragam yang mesti dilayan. Ada murid yang laju macam kereta Ferrari, ada yang slow sikit macam kereta kancil. Ada yang macam Chipsmore, kejap ada kejap tiada. Ada yang ada tapi macam tiada, terlebih faham sampai selalu terangguk-angguk. Macam-macam. Bayangkan kalau tiga empat kelas seorang cikgu kena handle? Pening pening.

Jadi seorang pendidik bukannya senang, sebab beban adalah masa depan bangsa. Nak bagi murid-murid faham, suka dan minat belajar bukan kerja calang-calang orang boleh buat. Lagi-lagi zaman sekarang.

Tanpa guru, siapalah kita sekarang kan. Kami ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang telah bersara dan guru-guru yang masih berperang dalam kelas dengan murid-murid macam kami.

Exit mobile version