Saya pergi bank dan jumpa seorang lelaki kerja dekat situ. Dia kata pada saya ustaz. Saya hormat dan kenal ustaz.
Saya bergaduh dengan isteri dan 3 hari saya tak balik rumah. Isteri saya tak hormat saya. Saya tak faham perangai perempuan ni ustaz. Langsung tak faham. Pening kepala saya.
Dia sibuk kerja dan urus anak-anak.
Akhirnya dia minta bukan-bukan dan ingin bercerai bila marah..
Nak jumpa perempuan yang baik susah ustaz. Tiada macam zaman mak kita dulu-dulu. Kenapa perempuan hari ini tak macam mak kita dulu-dulu?
Saya diam. Dia tanya lagi kenapa ya ustaz?
Allah sayang abang. Bila sebut wanita saya suka ingat ibu yang tercinta dan bidadari saya. Jika abang nak perkara ini selesai. Cuba fahami apa saya nak katakan ini. Kerana Allah dengarkan ya.
Sebab wanita hari ini diuji lebih besar dan berat. Suasana bandar. Mereka bekerja. Cari duit. Jaga keluarga. Urus rumahtangga 24 jam tanpa rehat. Sekolah anak jauh.
Kita sebagai suami kerap tiada di rumah. Sibuk tuntuan kerja rezeki halal dan tanggungjawab luar.
Di rumah sekejap tapi macam terpisah sebab masing-masing sibuk kerja dengan hp atau gadget.
Isteri tak sempat urus diri pun. Isteri kita pergi tandas pun lari-lari tengok anak. Kemas rumah 50x sehari. Anak sepahkan lagi. Kekangan tempat kerja.
Tiada istilah tidur sempurna. Tidak makan dengan sempurna. Tidak berjalan dengan sempurna. Mereka cuma hidup buat suami dan anak-anak kerana Allah..
Kita tak faham mereka sebab tu mereka tidak hormat pada kita.
Kita nak mereka layan kita. Kenapa tidak kita yang layan mereka. Cari kesukaan mereka. Kegembiraan mereka.
Mereka salah dan berdosa tapi kita ketua keluarga 2 kali salah dam berdosa jika tak bimbing mereka. Mereka ialah amanah Allah buat kita lelaki.
Mereka tidak minta lebih. Cuma suami yang mendengar dengan rasa. Bila dah suka semuanya mereka korbankan. Dah sakit hati semua jadi tak kena. Hati ni raja. Tawan disitu segalanya jadi manis.
Maafkan saya, bila seseorang cuma sebut buruk pasangan itu maknanya kita yang tak baik. Orang baik selalu nampak dirinya salah. Itulah Islam.
Itu hati yang bersih. Ini semua salah saya.
Masa bila mereka nak layan atau cantikkan diri. Masa ke tandas pun tak sempat-sempat. Urus diri pun tiada masa.
Kita bantu beri mereka rehat dan waktu berjalan. Kita tolong jaga anak. Sekali sekala berdating berdua.
Kita harap mereka senyum dan sambut kita. Kita tak pernah beri kejutan hadiah dan lafazkan kata cinta pada mereka.
Kita tak bahagiakan hati mereka dengan Nur Al-Quran dan hadis Nabi saw.
Tidak bawa ke majlis Ta’lim.
Tidak bawa berdakwah dan belajar iman.
Bagaimana mereka nak bahagia dan sentiasa senyum tanpa hati tenang. Jaga solat bersama. Buat Ta’lim bersama.
Jaga solat awal waktu berjemaah. Minta pertolongan Allah. Kita perlu bantuannya dalam membimbing isteri dan anak-anak.
Malam-malam ada tak sebut nama pasangan kita. Menangis doakan keampunan buat mereka. Itu cara bercinta sehidup semati
Mereka perlukan rehat dan diisi rohani dengan Islam.
Abang tadi sebak kata bagaimana ustaz boleh sebut semua ini dengan banyak.
Kata saya sebab mak saya selalu pesan sayangi wanita dalam hidup ini. Kerana dengan itu kita disayangi di langit. Kita disayangi oleh Allah.
Abang tadi sebak dan kata betul kata ustaz. InsyaAllah saya akan berusaha menjadi lebih baik. Saya rasa nak balik sekarang dan menjadi suami yang baik.
Kredit gambar:beliefnet.com
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.