Keluarga

Lelaki Yang Diharap Wanita

Oleh Ebit Liew  •  25 Mar 2016  •  3 min baca

Pesan buat diriku dan semua lelaki. Wahai suami ketua keluarga. Pemegang amanah Allah yang besar dengarkanlah ini…

Orang yang paling baik ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Nabi saw ialah orang paling baik terhadap isterinya.

Orang yang paling baik ialah orang yang paling terhadap keluarganya. Nabi saw orang paling baik terhadap keluarganya.

Orang yang paling dekat syurga dengan Nabi saw di syurga ialah orang yang paling baik akhlaknya dan buat baik pada isteri.

Lelaki yang diharapkan wanita bukanlah kita kena terlalu sempurna atau terlalu jiwang. Tetapi cukuplah buat mereka gembira jika suami mereka seorang yang:

#1 Mata yang memandang wajah ketika mereka bercakap. Mimik muka yang memahami suka duka dan pandangan terasa diri mereka disayangi. Nabi saw akan pusing semua badan bila bercakap dengan seseorang. Mengadap mereka sepenuhnya.

#2 Sediakan telinga untuk mendengar dengan penuh perhatian tanpa potong cerita mereka sampai habis. Tiada orang lain tempat mereka mengadu dan bercerita lagi selain suami mereka.

Wanita mudah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang suka mendengar. Nabi saw tidak akan alihkan telinga dari mendengar sehingga orang tu habis bercakap

#3 Selalu membelai mereka. Pegang tangan ketika berjalan. Peluk ketika berjumpa.Picit-picit tangan dan kaki mereka kerana ucapan terima kasih menjaga anak-anak dan menguruskan rumah.

#4 Rajin bantu mereka. Orang yang kita tak kenal masa di mana-mana, jika mereka bawa anak-anak atau banyak barang. Kita akan tekan lif dan jika barang jatuh kita tolong angkat barang mereka.

Isteri kita buat macam-macam dan ada yang boleh tengok sahaja. Anak menangis, susukan anak, buat susu, rumah bersepah, kemas rumah, basuh tandas, siram bunga, pasang langsir, tempah langsir, basuh baju, jemur, angkat dan lipat baju.

Masak, hidang makanan, mengemas dapur, meja makan, basuh pinggan, suapkan anak, buat air, anak bergaduh, anak nak main permainan, dengar anak bercerita. Kita mudahkanlah mereka nanti Allah sayang kita. Nabi saw uruskan hal rumahtangga sendiri.

#5 Beri hadiah dan kejutan sentiasa buat mereka sebagai ubat pengorbanan mereka. Hargai mereka. Nak cari seorang pekerja yang rajin dan boleh buat semua kerja sangat susah. Isteri kita bukan pekerja kita. Mereka isteri, kekasih, kawan, teman, pembantu agama, hamba Allah, pelayan, orang gaji, pengurus rumahtangga, pengasuh.

Apalah salahnya kerana Allah kita gembirakan mereka. Kadang-kadang kita beri hadiah, kata-kata manis, senyuman sayang, air mata ikhlas,dan bawa mereka berjalan-jalan. Nabi saw selalu berikan hadiah.

#6 Sediakan bahu bila mereka menangis.. biarkan mereka menangis. Biar mereka luahkan perasaan mereka. Jangan ceramah atau nasihat mereka dulu
Biar mereka menangis..

#7 Suami yang memimpin tangannya dan anak-anak ke syurga. Mulakan dengan setiap malam hidupkan bacaan Al Quran dan bacaan hadis Nabi saw dalam rumah walaupun sekejap..

#8 Menghargai ibubapa dan keluarganya. Buat baik pada mak ayahnya mak ayah kita. Kerana asbab doa dan korban mereka kita kenal isteri kita..

#9 Sekali sekala ucapkan kata cinta dan sayang padanya. Nabi saw ajar supaya kita ucap jika kita sayang seseorang..

#10 Asasnya jaga solat awal waktu berjemaah. Bawa isteri dan anak-aank solat. Tahajud dan dhuha. Saling doa mendoakan, solat malam bersama-sama, baca Al Quran sama-sama, belajar bersama-sama, berada jalan Allah bersama-sama

Buat pasangan yang sedang diuji ingatlah semua ini kerana Allah sayang. Dia nak kita betulkan hidup dan jadi lebih baik dengan musibah. Balik pada Allah ialah ubatnya. Yakinlah.

Ya Allah berilah kekuatan pada diriku dan semua suami diluar sana dapat mempunyai perasaan cinta dan sayang yang ikhlas.

Kredit gambar: islamgreatreligion


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami