Oleh Ustaz Iqbal Zain • 14 Jan 2016 • 1 min baca
Sebesar apa-pun penderitaan bila dihadapi dengan cinta kepada Allah, maka ia akan terasa ringan.
Bukti rasa cinta kita kepada Allah adalah sikap taat, sabar, ikhlas dan redha diatas semua keputusan-Nya, serta selalu bersyukur atas rahmat dan cinta-Nya. Maka, mari perkaya jiwa kita dengan ghairah cinta kepada Allah.
Abu Zarr r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepadaku: “Wahai Abu Zarr! Apakah menurutmu harta yang banyak itu menandakan kekayaan?”.
Aku menjawab: “Benar, wahai Rasulullah!”.
Tanya beliau kembali: “Apakah menurutmu harta yang sedikit menandakan kefakiran?”
Jawabku: Benar, Wahai Rasulullah!”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya orang yang kaya adalah orang yang kaya jiwanya. Dan yang fakir adalah yang fakir jiwanya.
Kerana itu siapa saja yang kaya jiwanya, maka tidak akan berbahaya baginya segala penderitaan yang dia alami di dunia ini.
Sebaliknya, siapa saja yang fakir jiwanya, maka sesungguhnya harta benda yang melimpah ruah tidak akan menjadikan dirinya kaya, melainkan kekayaan itu akan membuat dirinya serakah dan bakhil !”
HR Ibnu Majah
Gambar:papercitymag
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.