“Mama, hari ni nak pergi mana?”
“Errmmm…..”
Waktu cuti sekolah ini seolah-olah kehabisan idea untuk beraktiviti dengan anak. Puas berjalan, poket pun boleh kempis!
Sebenarnya, kita boleh menjadikan rutin harian sebagai aktiviti yang lebih bermakna untuk mereka. Dengan menerapkan konsep ‘pretend play’, mereka dapat menjadikan pengalaman harian sebagai inspirasi selain meningkatkan kreativiti melalui imaginasi.
Berikut adalah 6 aktiviti ala Kidzania yang boleh dilakukan di rumah:
Aktiviti membuat buku skrap sangat menyeronokkan dan begitu banyak manfaatnya. Pelbagai proses yang terlibat seperti melukis, menggunting, menampal, dan mewarna tentu memberi ruang untuk membantu anak-anak ini meneroka kemahiran tersebut tanpa disedari.
Leceh? Cuba libatkan mereka pada hujung minggu dan berikan mereka tugasan yang mudah terlebih dahulu seperti memotong sayur atau mengacau adunan.
Tidak seperti kebanyakan aktiviti lain, aktiviti memasak melibatkan rangsangan kesemua deria termasuklah deria rasa dan hidu. Walaupun dapur berkecah, tetapi pengalamannya tentu bermakna!
Bermain di luar dapat merangsang imaginasi mereka dengan memberi peluang kepada anak-anak untuk meneroka segala sumber semulajadi yang boleh didapati di sekitar mereka. Selain itu, ianya sangat menyihatkan dan membantu perkembangan sosial.
Ingat tak zaman kita menyusun dan membina bantal kusyen dahulu? Ya, banyak lagi bahan yang boleh digunakan untuk membina selain blok binaan. Antaranya kotak kosong, cawan kertas, bekas plastik, atau apa-apa sahaja! Aktiviti merekabentuk bangunan ini meningkatkan daya fokus dan kemahiran kognitif.
Aktiviti membaca puisi menjana pemikiran kreatif melalui penghayatan dan lakonan secara tidak langsung. Selain itu, pembinaan kosa kata dapat menajamkan memori. Sayangnya, membaca puisi mungkin sudah tidak begitu popular di kalangan masyarakat zaman sekarang. Nak cuba?
Apa kata kita berikan kamera lama itu kepada anak-anak untuk menerokanya? Melalui rakaman ini, kita dapat melihat dunia melalui matanya kerana setiap detik-detik manis dan segala objek yang bermakna buatnya.
Sebenarnya kita tidak perlu berhabis ratusan ringgit untuk menjana kreativiti anak-anak.
Malah, kunci kepada setiap aktiviti kreatif ini adalah MASA. Anak-anak tentu lebih bersemangat untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik apabila merasakan hasil kerja mereka dihargai. Ibu dan ayah pun boleh turut serta memeriahkan keadaan!
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.