Ibadah

Dahsyatnya Surah Al-Ikhlas

Oleh Ustaz Hasnan  •  10 Jan 2016  •  2 min baca

Rasulullah SAW pada suatu ketika bersabda,

”Demi Allah yang jiwa ku didalam genggaman-Nya,

sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,

ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s,

LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,

WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s”.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Ketika aku isra’ ke langit, aku melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000, dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka,

”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan”.

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas.

Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari.

70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya,

akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga”.

Hadith Riwayat Qurthuby


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ustaz Hasnan

Profesor Madya Dr. Hasnan Bin Kasan atau lebih suka dikenali sebagai Ustaz Hasnan merupakan Pensyarah Kanan di UKM, Bangi lulusan dari Universiti Al-Azhar.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami