Keluarga

5 Cara Buat Anak Tersenyum Mulakan Sesi Persekolahan

Oleh Dr Siti Ujila  •  4 Jan 2016  •  2 min baca

Esok anak-anak akan mula bersekolah. Mesti ada yang excited sebab dah lama tak jumpa kawan-kawan. Tak sabar nak bergaya dengan beg sekolah baru. Ada yang menangis guling-guling taknak ke sekolah. Hehe biasalah, first day.

So saya prepare satu ‘surat cinta’ untuk kakak Yaya. Sangat simple, tapi ada mesej, dan yang paling penting buat anak happy, senyum sampai telinga. 2 minit siap. Tuan-puan boleh cuba juga wink emoticon.

Caranya simple:

1. Tuliskan kata-kata di sehelai kertas yang dilipat seperti kad. Decorate sikit ikut kesukaan anak. Contohnya anak saya Yaya suka love and flower. So mama cuma perlu lukis beberapa gambar love and flower hehe.

2. Di bahagian belakang, letakkan sesuatu ‘surprise’ yang boleh buat anak senyum sampai telinga. Yang simple tapi anak tengok saja dia boleh menjerit ‘wahhhhhhh’ sambil mata bersinar-sinar penuh dengan star hehe.

Semalam saya beli brooch and Yaya sibuk tengok brooch ini. Saya tahu dia suka dan nak brooch ini, so saya berikan kepadanya secara surprise di belakang kad ini. Mesti dia happy sangat.

3. Letakkan kad dalam beg/handbag kita siap-siap. Oh ya, semua operasi ini adalah rahsia, tanpa pengetahuan anak. Hehe surprise gitu wink emoticon.

4. Esok, dalam perjalanan ke sekolah, cakap kat anak

“Kakak, tadaa….this is for you”.

Biar anak baca dalam perjalanan supaya sepanjang perjalanan ke sekolah adalah moment yang best. ‘Eh, mama bagi kad la’. Bila dia nampak surprise kat belakang tu, mesti dia lagi happy, kan.

5. Sampai sekolah, peluk cium anak. “Selamat belajar sayang. I love you”

Sometimes we just need an idea how to express our love and give support to our kids.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Dr Siti Ujila

Senior lecturer at the Department of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Putra Malaysia (UPM). I love inspiration and I live to inspire. It's a feeling that comes from the heart and and reaches right to the deepest heart. Each day, if I can inspire at least one person, it means the world to me. It's a gift more valuable than money and materials.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami