Gaya Hidup

Percakapan Yang Sia-sia Boleh Mengeraskan Hati Kita

Oleh Tim Tazkirah  •  5 Jan 2016  •  1 min baca

Setiap hari kita bercakap bermacam-macam perkara. Ada yang baik ada juga yang buruk. Kedua-dua bentuk percakapan ini bergantung kepada tahap iman, akhlak dan faktor suasana kita sehari-harian.

Percaya atau tidak, semakin banyak kita bercakap semakin tinggi pula peluang untuk kita bercakap hal yang sia-sia. Semakin banyak kita bercakap hal yang sia-sia, semakin membuatkan hati kita keras dan gelap tiada cahaya.

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam berkata:

“Janganlah banyak bercakap melainkan ucapan mengingati Allah. Sesungguhnya percakapan tanpa mengingati Allah itu mengeraskan hati. Dan sesungguhnya orang yang paling jauh daripada Allah ialah orang yang keras hatinya.” Hadith Riwayat At-Tirmizi

Umar Al-Khattab (wafat 23H) pernah berkata:

“Siapa yang banyak percakapannya, banyaklah salahnya. Siapa yang banyak salahnya, banyaklah dosanya. Siapa yang banyak dosanya, maka neraka lebih patut untuknya”. Syu’ab al-Iman no. 4640

Kata Ibn Mas’ud (wafat 32H):

“Demi Allah yang mana tiada Tuhan selain Dia, tiada di atas muka bumi ini yang lebih berhak untuk lama dipenjarakan (ditahan) selain daripada lisan.” Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam

Semoga kita dapat baiki percakapan kita sehari-hari. Sama-samalah kita berusaha agar percakapan kita terhindar dari terjerumus ke dalam kategori lagha dan leka.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami