Keluarga

Marah Anak: Cukupkah Sekadar Memujuk?

Oleh Nazurah Hassan  •  21 Dec 2015  •  2 min baca

Kasihan si anak. Merajuk di dalam bilik sehingga tertidur.

Apakah yang kita lakukan selepas memarahi anak? Adakah kita hanya berdiam diri? Melupakannya begitu sahaja? Membeli permainan idamannya? Menyediakan makanan kegemarannya?

Sebenarnya, walau apa pun tindakan kita selepas itu, ia tidak mampu memadamkan memori negatif dari kotak fikirannya. Maka, sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan.

5 Tips Boleh Dilakukan Selepas Memarahi Anak

1. Istighfar

Perlunya istighfar kerana sumber marah datangnya dari syaitan. Ia menjadi salah satu senjata mereka membinasakan hubungan manusia. Mohonlah keampunan Allah sebagai tanda penyesalan. Semoga kita tidak mudah terpancing emosi pada masa akan datang.

2. Maaf bukan bererti salah

Jangan biarkan perasaan ego menjadi penghalang untuk kita mengakui kesalahan walaupun dengan anak kecil. Tindakan ini sebenarnya memerlukan keberanian yang lebih berbanding perbuatan berdiam diri atau memberi hadiah.

3. Sedia mendengar

Dengarkan idea mereka kerana ia mungkin mampu memberikan alternatif sesuatu permasalahan yang dapat menggembirakan kedua-dua pihak.

4. Pelukan ajaib

Keajaiban pelukan dapat melepaskan belenggu dan kekusutan tanpa mengucapkan sebarang perkataan. Ianya turut meningkatkan keyakinan diri anak-anak.

5. Meminta sokongan

Beritahu pasangan atau orang terdekat cara meredakan kemarahan anda sebaik sahaja mengesan tanda-tanda ketegangan. Mungkin mereka boleh membawa anak ke tempat lain buat sementara waktu, memeluk anda, atau membuat lawak. Pasti tidak jadi marah, bukan?

Berusahalah Menahan Marah

Memang bukan mudah untuk menahan marah. Namun, kita perlu terus berusaha dan belajar meredakan emosi. Sedarkah kita, selagi kita tidak berjaya menahan emosi, selagi itulah teguran kita tidak efektif. Bahkan, mereka menjadi semakin berani menyerlahkan ‘perangai’ mereka!

“Siapa yang menahan marah, padahal ia dapat memuaskannya (melempiaskannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya.” Hadith Riwayat Abu Dawud & at-Tirmidzi


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Nazurah Hassan

Saya seorang surirumah dan penulis topik kekeluargaan. Sedang merantau dan kini menetap di Sarawak.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami