Gaya Hidup

Bukankah Menyembelih Haiwan Untuk Di Makan Itu Satu Penganiayaan?

Oleh Adly  •  14 Nov 2015  •  4 min baca

Saya mempunyai ramai rakan bukan Islam sejak di bangku sekolah. Saya gemar bersoal jawab dengan mereka untuk menyelami apakah persepsi mereka mengenai agama Islam. Namun, seringkali lidah kelu tidak terkata apabila mereka bertanya kenapa Islam menggalakkan umatnya membunuh binatang, contohnya melalui ibadah korban.

Kita mungkin boleh memberikan jawapan berdasarkan nas-nas agama, tetapi itu tidak boleh menjadikan hujah terhadap pemikiran logik mereka. Hatta, kita umat Islam sendiri juga terkadang perlukan logik untuk meyakinkan kefahaman kita agar kita menjadi insan yang lebih percaya terhadap apa yang kita anuti.

Alhamdulillah, minggu lepas saya telah menonton satu video ringkas berkenaan seorang penganut agama Hindu yang bertanya kepada Dr. Zakir Naik berkenaan perkara ini yang sedikit sebanyak menjawab persoalan saya selama ini.

Seorang vegetarian bertanya,

“Mengapa Islam membenarkan penganutnya menyembelih haiwan untuk makan? Bukankah perbuatan menyakiti haiwan itu berdosa serta kejam?”

Berikut adalah jawapan ringkas Dr. Zakir Naik:

1. Seorang muslim, boleh menjadi seorang muslim yang baik walaupun beliau adalah vegetarian kerana Islam tidak mewajibkan umatnya memakan daging atau ikan.

2. Namun, Tuhan berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 1,

“kamu boleh makan semua binatang yang halal bagi kamu”. Terdapat beberapa firman Tuhan di dalam surah lain yang membawa maksud yang sama.

3. Jadi jika Sang Pencipta membenarkan kita untuk memakan daging binatang yang halal, kenapa kita mahu menolaknya?

4. Dari segi sains, terdapat beberapa sumber asid yang ada di dalam daging haiwan yang tidak sama di dalam tumbuhan atau sayuran iaitu asid amino essential. Asid ini juga tidak dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan kita.

5. Kita perlu ambil asid tersebut dari luar dengan memakan daging untuk keperluan tubuh badan kita. Tambahan daging-daging itu juga sihat kerana kaya dengan protein, vitamin dan zat besi.

6. Tetapi boleh sahaja jika anda ingin hidup sihat dengan tidak memakan daging, saya tidak kata tak boleh. Tetapi kenapa kita menjauhkan diri dari makanan yang sihat?

7. Jika kita menganalisa bentuk gigi haiwan herbivor yang makan tumbuhan seperti kambing, lembu dan sebagainya, gigi mereka rata tidak mempunyai taring.

8. Kemudian jika kita menganalisa gigi haiwan karnivor yang makan daging seperti harimau, buaya dan sebagainya, gigi mereka tajam dan mempunyai taring.

9. Jadi kenapa agaknya Tuhan menciptakan kita mempunyai gigi yang rata dan juga mempunyai taring? Malah tubuh badan kita juga mempunyai kebolehan untuk memproses daging serta sayuran.

10. Mengikut logik orang vegetarian, mereka tidak mahu makan daging kerana ia akan menyakiti haiwan tersebut. Menyembelih binatang untuk makan itu berdosa serta kejam.

11. Membunuh tumbuhan pula tidak berdosa kerana mereka tidak mempunyai kehidupan. Mereka makan sayur-sayuran kerana berpendapat tumbuhan tidak mempunyai kehidupan seperti keluarga, jantina dan sebagainya.

12. Islam tidak berpendapat sedemikian. Sains juga telah mengesahkan bahawa tumbuhan sama sahaja seperti manusia dan juga haiwan. Mereka mempunyai perasaan, jantina, keluarga dan sebagainya. Malah tumubuhan juga boleh merasa sakit dan menangis.

13. Cuma kita manusia biasa tidak mendegar rintihan mereka kerana perbezaan frekuansi. Tetapi kita boleh mendengar rintihan haiwan jika mereka disembelih, maka kita beranggapan perbuatan itu adalah kejam.

14. Jadi mereka berpendapat membunuh tumbuhan lebih kurang dosanya kerana tumbuhan hanya mempunyai 3 deria manakalah haiwan mempunyai 5 deria.

15. Benar, saya setuju. Cuma cuba saudara bayangkan kita mempunya saudara yang dilahirkan tidak cukup sifat iaitu bisu dan pekak.

16. Apabila ada penjenayah membunuh mereka dan di bawa ke muka pengadilan, adakah penjenayah tersebut boleh dikatakan tidak bersalah kerana membunuh insan yang tidak cukup sifat?

17. Logik Islam tidak begitu. Tuhan berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 168,

“makanlah apa yang baik bagimu dan tinggalkan apa yang buruk untukmu”.

18. Tambahan lagi, jika saudara mengkaji, jangka hayat haiwan ternakkan adalah sangat singkat. Jika kamu tidak makan daging, maka kita akan mempunyai masalah di mana populasi haiwan ternak membiak dengan cepat.

19. Tetapi jika tidak mahu makan daging pun tiada masalah. Cuma beranggapan orang muslim menyembelih daging untuk makan itu adalah kejam dan berdosa adalah tidak tepat.

Adaptasi daripada soal jawab Dr. Zakir Naik dengan penganut agama Hindu.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Adly

Saya seorang yang minimalis, berani mengambil risiko, suka membaca dan berstatus 56.4% single. Oh! Kini saya merupakan CEO Yosh.my iaitu sebuah syarikat yang membangunkan platform perniagaan berasaskan dropship diantara yang terawal di Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami