Inspirasi

Kenduri Nikah Yang Mudah

Oleh Saiful Nang  •  7 Nov 2015  •  5 min baca

Minggu lalu, saya berpeluang keluar dari persaraaan saya sebentar untuk memenuhi permintaan mengambil foto oleh pasangan Sweden ini di antara Mattias dan Sara.

Sara juga seorang Sweden walaupun wajahnya mewarisi wajah ibu dan bapa biologi mereka di Korea. Mattias pula pernah bekerja di CandidSyndrome sekitar tahun 2010 dahulu di Puchong.

Pastinya jika dilihat dalam budaya mungkin ada yang buruknya. Namun elok sangat untuk kita belajar kita ambil dan perkatakan sahaja secara terbuka kebaikannya.

Setiba saya di Stockholm, saya disambut dengan deraian hujan yang lebat. Pelik juga pemandu teksi katanya hujan lama tidak turun sehingga saya datang.

Sebenarnya hujan turun itu tidak ada kena mengena dengan saya pun. Saya disambut oleh Maja (sebut Maya) seorang guru Bahasa Sweden di Stockholm dengan ramah dan baik.

Setelah beliau berikan saya kunci apartment dan sekeping sim card, saya beredar untuk berehat di apartment yang sekitar 5 minit dari rumah Maja dan suaminya Christer. Maja ingatkan kembali, jam 10 esoknya mereka akan ambil saya di apartment.

Sampai di apartment di pinggir Stockholm, saya terus berehat kerana esok ada perjalanan jauh ke Havero. Sekitar 6 jam perjalanan menaiki kereta.

Budaya Swedish: Belikan Makanan Majlis

Esoknya tepat jam 10 mereka tiba. Kami ke sebuah stesyen keretapi untuk mengambil seorang rakan lelaki mereka Johannes. Dalam sebuah kereta kecil yang kompak, kami berempat bersama luggage yang besar.

Kata mereka, it’s good to car pool. Saya membenarkannya

Yeah…it will save a lot of cost“. Dan dibalas semula “just a small thing to do to reduce co2 emission“.

Ok…point taken.

Sampai di sebuah pekan kecil yang tak pandai saya nak sebut “Ljusdal” mereka membuat satu hentian pasaraya. Katanya untuk belikan makanan malam nanti. Saya mula pelik, mengapa sepatutnya dijadualkan ada BBQ malam itu tetapi mereka masih mahu membeli makanan?

Setibanya di Havero saya disambut oleh Mattias dan Sara serta keluarga. Tidak kekok langsung mereka bersembang dan berkawan dengan saya.

Tidak seperti sebahagian French yang pernah saya temui yang merasakan mereka lebih hebat dari kulit coklat kita ini. Tak sedar kopi yang diminum saya dah kita pijak dari Malaya.

Pendekkan cerita, malam itu malam BBQ. Toasmaster majlis itu Martin mendekati saya. Katanya beliau telah menyediakan pit khusus untuk saya. Saya tanya semula, adakah Muslim lain dalam majlis itu dan beliau katakan tidak. Hanya saya seorang untuk 1 pit khas.

Mereka telah diberitahu yang orang Islam tidak boleh makan daging babi dan juga tidak boleh menyentuh termasuk bekas juga tidak boleh digunakan. Semua alatan bbq saya semua baru keluar dari plastik dan BBQ pit juga baru.

Bolehlah sekadar makan jagung bakar dan beberapa makanan yang Maja dan Christer belikan di pasaraya. Maja belikan saya vegetarian food. Not bad!

Majlis Yang Mudah

Rupanya, setiap dari 72 tetamu malam itu semuanya membawa makanan masing-masing ala-ala potluck. Mereka bawa daging sendiri dan tuan rumah hanya sediakan pit bbq dan air minuman sahaja (minuman keras). Dengan sopan juga mereka berikan saya air dalam botol yang tiada alcohol.

Bermakna, majlis malam sebelum perkahwinan itu adalah keraian kepada pengantin oleh rakan-rakannya. Pengantin tak perlu keluar belanja besar.

Esoknya majlis perkahwinannya. Semasa sarapan pagi ia disediakan oleh tuan rumah. Isteri kepada bestman ataupun ibu kepada budak comel dalam gambar ini mengetuk gelas dan membuat pengumuman yang saya tidak faham.

Tetapi bila saya tanya yang lain, katanya sampul dan juga tabung (berbentuk babi besar) telah disediakan untuk sumbangan perkahwinan. Makan malam disediakan sepenuhnya oleh tuan rumah dengan menu yang menarik dan juga minuman-minuman beralkohol.

Agak menarik!

Kehidupan Selepas Kahwin Lebih Penting

Lalu saya bertanya terus dan mereka bercerita di Sweden perkahwinan ialah rakan-rakan meraikan perkahwinan sahabat atau keluarga mereka.

Hadiah dalam envelop (duit) adalah hadiah terbaik kerana kebiasaanya semua pasangan berkahwin di Sweden telahpun memiliki pinggan mangkuk, cerek, termos, kuali, pisau, pembuat kopi, blender, seterika dan banyak lagi.

Atas keraian itu sepatutnya tetamu yang hadir tidak lagi membebankan rakan mereka yang berkahwin dan sepatutnya kita bantu mereka. Mereka ada kehidupan yang lebih panjang selepas perkahwinan berbanding semasa perkahwinan ini.

Fikiran yang baik!!

72 orang sahaja jemputan dan saya juga termasuk dalam jumlah itu. Saya tertarik juga dengan konsep begitu. Majlis perkahwinan yang dibuat hanya di kawasan kampung dan makan malam dilakukan di dalam sebuah barn kayu kecil di sebuah ladang.

Ada 6 tong sampah disediakan. Setiap yang makan akan terus asingkan sisa mengikut 6 tempat sampah. 99% akan dikitar semula. Sisa makanan juga salah satunya boleh dijadikan baja selepas dicampur dengan EM (Effective Microorganism) dan tidak berbau.

Selepas majlis berlalu, saya terasa seperti tidak ada apa yang perlu dikemas. Kerana setiap yang hadir akan mengemaskan bahagian mereka sendiri.

Sewaktu mereka mula membuka lantai dansa, saya habiskan tugasan saya dan pulang ke bilik. Ada banyak cerita yang baik ada juga yang tidak.

Kalaulah pesanan nabi untuk merahsiakan pertunangan (tapi kita tuanang macam kenduri kahwin) dan mengumumkan pernikahan walaupun dengan seekor kambing itu bermakna sederhana.

Memang pada budaya kita pasti tak mungkin kurangkan jemputan sehingga 70 orang kerana kita ini hidup berjiran, bermasyarakat, berkomuniti, berkawan dan lain-lain.

Pengajaran

Namun ada mesej yang subliminal perlu difahami. Baik saya ringkaskan bagi menyantuni pelbagai tahap pemikiran haters yang sedikit tidak mencapainya;

1. Pengantin tidak perlu berlebih-lebihan

2. Tetamu janganlah datang kenduri untuk makan free. Setidak-tidak jika tidak mampu bantu, tidaklah sampai makan juga ditanggung. Kalau tidak mampu lagi, ringankanlah tulang membantu menjayakan perkahwinan itu dengan cara kerja.

Kita fikirkan sebagai orang bijak untuk ambil yang baik sebagai pelajaran dan yang buruk sebagai sempadan.

Pulang ke KL saya terus hadir sebuah majlis perkahwinan di sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur. Ia sangat mewah dan mahal. Awal tahun ini pula, perkahwinan anak PM kesayangan kita juga mewah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Saiful Nang

Executive Chairman, Pengasas Bersama Rumah Kebajikan, Motivator, Dyslexic, Film Director, Cikgu, Ph.D candidate, Book Writer, Art Director, Sarcastic Facebook Status Poster. Rumah Pengasih Warga Prihatin ialah cinta hati saya. Isteri dan anak saya ialah teman sejati saya. Kerjaya saya ialah hobi saya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami