Keluarga

Tanggungjawab Berat Suami

Oleh Ahmad Saifuddin  •  28 Oct 2015  •  2 min baca

Hidup sebagai satu pasangan memerlukan penilaian yang rasional dalam bertindak dan berkomunikasi.

Pelbagai ajaran Nabi Muhammad telah sampaikan kepada kita untuk kita jadikan panduan untuk hidup sebagai satu pasangan yang diredhai Allah.

Apabila diteliti pesanan Nabi Muhammad kepada wanita tentang mentaati suami sehingga ada amaran dan ancaman Nabi Muhammad sehinggakan kita sendiri tidak menyangka sampai begitu keras sekali amaran Nabi kepada isteri.

Sebagai contoh, ada satu hadith yang menyatakan bahawa sekiranya isteri menolak permintaan suami sehingga menyebabkan suami marah. Maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi. Ekstrim bukan?

Tetapi ia datang dari mulut Nabi. Kita kena akur. Benarkah hadith ini hanya amaran untuk wanita semata-mata? Langsung tidak ada panduan untuk lelaki?

Jelas di sini, sebagai suami mestilah membuat penilaian yang rasional untuk meminta sesuatu kepada isteri. Mesti lihat kondisi isteri. Sebagai suami yang bertanggungjawab pasti rasional dalam hal ini.

Kedua, menahan marah apabila permintaan ditolak. Walaupun lelaki itu seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dia telah membuat penilaian yang adil terhadap hal itu.

Tetapi apabila ditolak, ia akan mencetuskan satu perasaan yang sukar dibendung. Saat ini seorang lelaki terpaksa berperang dengan hatinya sendiri. Walaupun tanpa suara, hatinya sudah panas berapi. Bayangkan situasi ini berada di tempat sendiri.

Ketiga, ini antara yang paling sukar buat lelaki yang bertanggungjawab. Apabila amarah sudah meletus. Disaat hatinya semakin reda. Sukar untuk dia memujuk hati sendiri apabila isteri buat seperti biasa sahaja. Tiada ungkapan ‘maaf’ atau ‘sori’.

Saat ini sungguh sukar untuknya. Memujuk hatinya yang sayu agar isteri tersayang tidak dilaknat oleh malaikat hingga pagi. Bayangkan sendiri seorang lelaki memujuk hati dalam kesepian malam demi kebaikan isteri.

Kepada sang suami, jangan biarkan isteri dilaknat hingga pagi. Pujuklah hatimu, walaupun ia sudah berkali-kali. Dengan sabar dan redha, bidadari akan menanti di syurga hakiki. Di sana, engkau tidak lagi akan dilukai.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ahmad Saifuddin

Salah seorang Tim Pengkaji Hadith Psikologi. Sedang menjalankan kajian hadith dan sirah dari aspek psikologi, motivasi, bisnes dan marketing. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Pengajian Hadith di Universiti Malaya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami