Keluarga

Jangan Siksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal

Oleh Saiful Nang  •  4 Sep 2015  •  5 min baca

Jika nak bina sebuah bangunan tinggi, pasaknya ke dalam bumi perlu dalam dan kuat. Jika asasnya rapuh, bina jamban pun boleh runtuh. Apa lagi bila nak bina bangunan pencakar langit.

Hari ini ibu bapa berangan nak anak sampai menjadi hebat ke antarabangsa maka kelam kabut masing-masing mencarikan alternatif pendidikan seawal umur 3 tahun untuk belajar mendahului zaman sepatutnya.

Umur 3 tahun sudah dibebankan pemikiran anak tentang matematik, sains, bahasa, calculus dan macam-macam lagi. Kononnya mahu dipertandingkan antara anaknya dengan anak-anak rakan. Tak boleh langsung nak rasa tertinggal.

Zaman paling penting dalam pendidikan manusia telah dibazirkan kepada pendidikan akademik terlalu awal.

Buat binaan setinggi menara Petronas pun makan masa bertahun masih belum nampak apa-apa bangunan keluar dari permukaan bumi.

Kerja foundation sahaja sudah lama. Itu bahagian penting bangunan itu.

Tidak guna membina bangunan tinggi jika asasnya rapuh. Jika mahu install pelbagai software pun, perlu pastikan OS nya dahulu stable barulah bila kita run application atau software dia tidak crash.

Anak-anak bawah 7 tahun sudah tertekan dengan exam. Kita yang tengok jadi tension. Nak cakap nanti kecil hati pula ibu bapanya.

Asas utama kepada anak-anak bawah 7 tahun ini ialah akhlaknya dahulu.

Kita banyak sudah lupa apa yang kita belajar di sekolah rendah, menengah ataupun di universiti tetapi kita sering akan ingat apa yang ibu bapa kita ajar semasa kecil-kecil dahulu walaupun ibu bapa kita tidak uji kita dengan exam.

Anak sekarang, akhlak ibu bapa tak kisah pun janji straight A berderet-deret. Ibu bapa macam tak kisah janji anak berjaya walaupun derhaka.

Alih-alih, anak yang score straight A ni juga banyak yang memenuhi ruang-ruang pekerjaan professional yang diketuai oleh orang yang sekolah tadika pun tak pergi, universiti pun tak habis.

Perlumbaan GILA ibu bapa nak kejar status anak mereka pandai ini mungkin bertujuan untuk tunjukkan baka mereka adalah baka terbaik.

Guna untuk apa?

Semasa kami membuat perancangan pendidikan di Akademi Insan Prihatin, kami buat rujukan kepada kes study pendidikan Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Muhammad, Ibni Sina, Alfarabi, Mehmet Alfateh yang hampir semua

Tidak belajar dalam institusi yang berpendidikan modular.

Apakah modul pendidikan mereka?

Asbab – Sebab – Masalah

Itu semua ialah asbab pendidikan mereka. Tiada pula antara mereka yang dinamakan itu pernah ambil exam atau pernah menjadi tokoh pelajar satu Malaysia.

Mereka semua jadi hebat dan bijak sekalipun dalam pendidikan yang tidak bersukat.

NOW. Jika pelajaran boleh pergi tanpa batasan, mengapa perlu masuk ke sebuah kawasan yang pelajarannya bersukat-sukat dengan sukatan-sukatan pelajaran?

Atas sebab itu, PRA-SEKOLAH AIP ialah tempoh penting pendidikan. Tapi bukan secara akademik. Anak-anak pergi ke sekolah dengan excitement. Bangun pagi seronok nak ke sekolah. Bila tak sihat pun menangis bila disuruh berehat di rumah.

Kerana pendidikan pra-sekolah AIP di RPWP lebih menekankan kepada pendekatan yang sangat alami (natural). Pendidikannya insitu dan sangat ditekankan terhadap pendidikan akhlak.

Bila akhlak sudah terbentuk…separuh pelajaran telah selesai.

Yang lain hanya kita pasangkan misi sahaja untuk mereka teruskan pelajaran ke bidang yang dipilih.

Anak Pra-sekolah kita pula tidak semestinya 7 tahun mesti ke darjah 1. Ada yang kita cepatkan atau lambatkan semua bergantung kepada kematangan.

Membebankan mereka dengan akademik sebelum masanya adalah seperti memaksa anak-anak ini mengangkat sebuah kereta semasa mereka kanak-kanak. Jika terangkat ataupun tidak…kedua-duanya menzalimi dan merosakkan anak-anak itu sendiri.

Di sekolah rendah kami pula, bukan ada exam semuanya diperkuatkan lagi dengan akhlak yang paksinya Al-Quran. Bukan untuk hafaz sahaja.

Anak-anak AIP kita ajar dari tadarus (baca) – tafakkur (fikir) – Tadabur (tadbir) dan Tabayyun (perlaksanaan) maka barulah lengkap proses foundation Quran mereka.

Kita tidak rakus untuk sumbat semuanya terlalu awal. Anehnya, selepas mereka perolehi semua itu dan bagi memenuhi requirement pendaftaran sekolah maka UPSR hanya diambil sebagai syarat sahaja. Sekitar 1 bulan kita ajarkan mereka bagaimana untuk mengambil peperiksaan. InsayaAllah semuanya OK dan baik.

Apa yang mereka buat selebihnya?

Exposing themselves into problem and guide them to solve the problem. Easy? Not so easy but very interesting.

Kita ajar mereka BAGAIMANA UNTUK BELAJAR dan bukan ajar mereka APA KENA BELAJAR. Kita lebih ajarkan anak-anak ini berfikir bukan menghafal.

Kita ajarkan mereka menyelesaikan masalah sebenar berbanding hanya simulasi atas kertas peperiksaan. Pembelajaran sangat enjoyable kerana tiada tekanan peperiksaan.

Untuk apa peperiksaan apabila setiap kali masalah diselesaikan mereka ini mampu cerita dari A sampai ke Z dan boleh pula kemudiannya mencipta atau menginovasikan penyelesaian lebih efektif.

Kita perlu ingat, orang yang buat buku yang anak-anak kita mengadap hari-hari untuk score exam itu ditulis asal-asalnya dahulu oleh ORANG YANG BERFIKIR bukan orang yang menghafal.

Semasa kami jalankan cara begini, kami ingat kami pelik kerana mengikut cara cendakiawan islam dan nabi-nabi kita terdidik rupanya bila ke Japan mereka juga tidak mulakan akademik sehingga umur sekitar 10 tahun. Finland juga tidak ajarkan akademi terlalu awal, sama seperti Sweden, France namun mereka tetap mendapat penarafan tinggi oleh PISA yang membuat ranking pendidikan dunia.

Ranking yang biasanya Malaysia dapat nombor tercorot.

Bukan kami meniru mereka, tetapi kami dapatinya dari pendidikan alami nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam. Jika mereka yang bukan Islam juga lakukan perkara yang sama dengan itu…persoalannya…

SIAPA LEBIH ISLAM?


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Saiful Nang

Executive Chairman, Pengasas Bersama Rumah Kebajikan, Motivator, Dyslexic, Film Director, Cikgu, Ph.D candidate, Book Writer, Art Director, Sarcastic Facebook Status Poster. Rumah Pengasih Warga Prihatin ialah cinta hati saya. Isteri dan anak saya ialah teman sejati saya. Kerjaya saya ialah hobi saya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami