Buah pinggang adalah satu organ yang mempunyai pelbagai peranan untuk menyeimbangkan cecair tubuh badan kita dengan penapisan dan penyingkiran metabolit dan galian dari darah melalui air kencing.
Oleh itu, kita perlu menjaga buah pinggang agar proses penapisan darah, penyingkiran bahan kumuhan, mengimbangi asid dan sebagainya dapat berjalan dengan baik. Jika tidak, badan kita akan mengalami masalah dan kita perlu mendapat rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang.
Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang. Anda boleh gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei.
Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa. Minum teh di kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
Pengambilan coklat perlu diminimakan, contohnya pengambilan air milo boleh digantikan dengan horlick. Elakkan dari mengambil minuman bergas kerana ia mengandungi paras gula yang sangat merbahaya yang boleh mmerosakkan buah pinggang.
Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua untuk menjaga buah pinggang kita agar terus sihat dan berfungsi dengan baik.
Sumber gambar: Manny M
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.