Gaya Hidup

Mengapa Saiful Nang Benci Rasis?

Oleh Saiful Nang  •  28 Aug 2015  •  2 min baca

Saya lahir dalam estat di Bukit Kerayonh, yang suap saya makan semasa kecil dulu ialah aci-aci India yang berjiran. Kawan-kawan memancing, bermain, menjala, menggagau ramainya orang India.

Saya membesar di Felda Tementi, kawan-kawan saya ramai orang Melayu. Cikgu yang pernah buat kelas tambahan khusus untuk matematik saya sebelum PMR tanpa bayaran tambahan atau overtime dari sekolah ialah cikgu Cina. Saya bersekolah di English College JB dan seterusnya ke Universiti dan kawan-kawan saya dikelilingi oleh Cina-Cina. Mereka semua baik-baik sahaja.

If you talk bad about Indian, you hurt me
If you talk bad about Chinese, you hurt me
If you talk bad about Malay, you hurt me
If you don’t want to hurt me, please respect my friends.

They are human too. So do us.
If we can be stronger as friends
Why separated as enemy?

Benda boleh bawa bincang. Kenapa mahu berparang?

Memang semua kita ada kelemahan sampai orang buat pepatah rasis “Tidak Melayu kalau tak Malas, Tidak Cina kalau tak tipu dan tidak India jika tak mabuk” adalah satu generalisasi persepsi negatif semata-mata. Boleh sahaja jika dibuat pepatah yang lebih baik seperti

“Tidak Melayu jika tidak sopan, tidak Cina jika tidak rajin, Tidak India jika tidak pandai”.

Mereka semua pun macam kita juga, ada kelemahan dan kekuatan sendiri.

Angkuhnya batu akan berkata tanpa aku yang keras, bangunan tidak boleh berdiri. Pasir pula menyampuk mengatakan jika batu tidak digaul dengan aku yang poros bagaimana mahu melekat menjadi tiang-tiang konkrit?

Tergelak pula Sang Simen dengan angkuh mengatakan “Korang semua bergaduh siapa lagi hebat, kalau aku tak ada korang semua tak boleh melekat dan menjadi bangunan“.

Datang pula air dan diketawakan oleh simen, pasir dan batu sambil mengejek “Air mana boleh jadi bangunan tinggi?“. Dengan senyum air menjawab “korang gaul lah sampai lebam, kalau aku tak ada korang tak bercampur jadi konkrit nak bina bangunan tinggi“.

Begitu juga udara, besi dan lain-lain yang membentuk kepelbagaian kaum yang lain-lain juga.

Jika semua angkuh dengan kehebatan masing-masing, jamban pun kita tak boleh nak bina. Jika kita bersatu melengkapi satu sama lain, KLCC barang 15 buah lagi pun kita mampu dirikan.

Pernyataan ini untuk semua kaum yang membaca supaya kita hidup dalam keadaan rukun dan damai. Kaya kita tapi hidup tidak aman tidak guna juga kan?

I HOPE YOU “GOAT” IT.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Saiful Nang

Executive Chairman, Pengasas Bersama Rumah Kebajikan, Motivator, Dyslexic, Film Director, Cikgu, Ph.D candidate, Book Writer, Art Director, Sarcastic Facebook Status Poster. Rumah Pengasih Warga Prihatin ialah cinta hati saya. Isteri dan anak saya ialah teman sejati saya. Kerjaya saya ialah hobi saya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami