Keluarga

Hak Ibu Bapa Mertua Yang Sering Di Salah Tafsir Oleh Masyarakat

Oleh HHH  •  24 Aug 2015  •  2 min baca

Umum mengetahui bahawa lelaki atau suami perlulah melebihi kedua ibu bapanya dahulu berbanding isteri. Tetapi seringkali hal ini juga di salah anggap sehinggakan menyangka bahawa perlu melebihkan ibu bapa sehingga terabai nafkah isteri dan anak-anak sendiri.

Wajib mendahulukan ibu bapa sendiri, tapi dalam bab nafkah pula wajib mendahulukan diri sendiri, kemudian isteri dan anak-anak seterusnya kepada bapa dan ibu.

Seringkali juga masyarakat menyalahgunakan hukum dengan mengongkong isteri dari pulang ke rumah ibu bapanya sendiri ataupun melarang isteri berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri. Terkadang sang suami itu menyakitkan hati ibu bapa mertuanya.

Saya bukanlah seorang agamawan. Tetapi saya juga ada menghadiri banyak seminar perkahwinan, seminar baitul muslim dan juga program ilmu.

Antara ilmu dan info yang kami peroleh adalah, mengecilkan hati kedua ibu bapa mertua itu adalah berdosa sama seperti ibu bapa sendiri bagi suami.

Jika si suami menyakiti hati hati kedua ibu bapa mertua, menyebabkan mereka berkecil hati, hukumnya sama sahaja seperti dia menyakiti hati ibu bapa sendiri.

Ini bukanlah bermaksud bahawa suami perlu mentaati dan mendahuli ibu bapa mertua, tetapi ini adalah dari segi hormat-menghormati, bertimbang rasa dan juga menjaga hati kedua orang tua sendiri dan mertua.

Mengikut logik pun, jika kita sebagai manusia menyakiti hati orang tua atau sesiapa sahaj pun sudah di kira berdosa. Apatah lagi menyakiti hati kedua ibu bapa mertua yang telah menjaga dan membesarkan isteri sehingga dewasa.

Suami bukanlah mempunyai kuasa veto untuk menghalang isteri bertemu keluarganya. Malah jika tindakan tersebut menyebabkan kedua ibu bapa mertuanya terasa dan berkecil hati, si suami akan menangung dosa yang sama seperti dia menyakiti hati ibu bapa sendiri.

Janganlah mengunakan kuasa veto atau dalil agama secara membuta tuli untuk membenarkan tindakan anda. Islam ini adil. Walaupun telah berkahwin, hubungan seorang anak perempuan tidak akan terputus dengan kedua ibu bapanya.

Kita terlalu pandai mengunakan dalil agama, tapi kita tidak pernah faham apa maksud di sebalik dalil tersebut.

Binalah sebuah rumah tangga yang harmoni, adil, penuh kasih sayang antara suami, isteri, anak-anak dan juga keluarga mertua serta keluarga ibu bapa, serta sentiasa penuhkan ilmu di dada dan merujuk kepada yang lebih arif berkenaan agama.

Semoga, lelaki yang membaca ini menjadi seorang suami yang soleh dan bertanggungjawab. Semoga perempuan dan isteri yang membaca ini juga menjadi isteri yang solehah.

Sumber gambar: HHH Photography


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

HHH

Beliau menawarkan konsep fotografi yang patuh syariah, mengikuti syariaat agama di dalam fotografi khususnya mengambil gambar perkahwinan. Beliau hanya menerima pasangan pengantin yang menutup aurat.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami