Gaya Hidup

Malang Tidak Berbau, Tetapi Stokin & Mulut Berbau

Oleh Ariffuddin  •  2 Mar 2015  •  4 min baca

Pernahkan tuan-tuan mengalami satu situasi di mana apabila berbual dengan seseorang, kita seperti sedang berada dekat dengan tong sampah?

Pernahkah dialami satu saat yang kritikal yang menyeksa hidung semasa berada di pintu masuk surau dan masjid kerana terpaksa melalui satu ruang yang mengumpulkan kasut dan stoking jemaah yang berbau?

Pernahkah bersalaman dengan seseorang yang tangannya berbau kari?

Pernahkah tuan-tuan dihampiri oleh orang yang dikenali dan memiliki bau badan yang terlalu kuat?

Pinches Nose Tutup Hidung Bau

Tidak ada siapa yang mampu menahan bau yang tidak disenangi. [Damien]

Hidungnya Ditegur di Pintu Surau

Bau mulut berpunca daripada lima perkara, pertama tembakau, seterusnya diet yang keterlaluan, mulut yang kering, sisa makanan yang ada pada celah gigi dan terakhir sekali tidak membersihkan gigi dengan betul.

Menurut laman web myhealth.gov.my, dengan mengamalkan makan strawberi dan epal dapat membantu mengurangkan bau mulut. Pengambilan strawberi dapat membunuh bakteria yang menjadi penyebab kepada bau mulut. Manakala dengan memakan epal pula dapat menghalang pembentukan plak gigi.

Strawberry Apple

Siapa sangka buah Epal dan Strawberi dapat menjaga kesihatan mulut kita. [Chris]

Ada masanya, apabila tiba waktu solat di kompleks membeli belah. Sebaik saja membuka pintu surau perkara pertama yang akan menegur adalah bau-bau kasut dan stoking di muka pintu. Bagaimana ini boleh berlaku di tempat ibadah sebuah agama yang menekankan kebersihan dan kesejahteraan?

Bayangkan, apa akan terjadi sekiranya seorang hamba Allah yang mahu memeluk Islam beberapa jam lagi hadir ke surau. Tiba-tiba dia disapa oleh bau kasut dan stokin yang maha dahsyat. Apakah gambarannya tentang Islam?

Kasut dan Stokin di Masjid

Bau busuk kasut dan stokin sedikit sebanyak mengganggu jemaah yang hadir. [StephenJR]

Selain itu, pastikan juga tangan dicuci dengan sabun setiap kali sebelum dan selepas makan. Tidak dilupakan sebaik saja menggunakan tandas basuh tangan menggunakan sabun yang disediakan. Selain menghilangkan bau pada tangan, mencuci tangan menggunakan sabun dapat mencegah penularan penyakit.

Peluh adalah antara punca bau badan selain daripada tidak mandi. Kebiasaanya manusia berpeluh sebaik saja mereka bersukan dan bersenam. Selain itu ada juga yang berpeluh apabila sedang menghadapi tekanan, cemas dan juga ketika berada di kawasan yang panas tinggi suhunya.

ketiak busuk basah

Bau busuk badan adalah dari peluh yang bercampur dengan bakteria kulit. [Marie]

Bagaimanapun berpeluh sebenarnya adalah perkara yang normal. Namun pastikan kita telah mengambil tindakan supaya peluh dan bau badan yang keluar itu tidak mengganggu keharmonian orang yang ada di sekeliling.

Pilih Untuk Tidak Berbau Busuk

Bagi menyelesaikan situasi itu, sebagai seorang pemimpin kepada diri sendiri. Kita perlu aturkan apa aktiviti yang perlu dibuat bagi menguruskan semua situasi itu.

Bagi mengurangkan bau mulut, bersihkan gigi dan lidah. Dahulu, ada kawan sekolah saya kerap memberus gigi setiap kali lepas makan. Kadang-kadang ada yang bawa berus gigi ke sekolah juga.

Bau Mulut Busuk

Sekurang-kurangnya berkumurlah jika merasa mulut berbau. [pondokibu]

Pemilihan stokin juga adalah penting kerana stokin untuk kasut sukan adalah berbeza dengan stokin yang dipakai ketika menggunakan kasut kulit. Pastikan kita hanya gunakan stokin sekali saja. Selepas digunakan seharian tanggalkan dan basuh serta ganti dengan stoking yang baru.

Selain stokin, kebersihan kuku dan kaki juga perlu dititikberatkan. Seperti manusia, kasut juga perlu direhatkan selepas digunakan seharian. Ia perlu berehat supaya bau-bau yang terkumpul dapat beredar diganti dengan bau yang segar.

Bersihkan Kaki

Kaki antara anggota badan yang mudah berbau. [bidisha]

Bau tangan pula dapat dihilangkan dengan menggunakan sabun anti bakteria. Gunakan sabun dan sanitizer selepas makan, selepas pulang dari pasar, dan selepas keluar dari tandas. Ini sangat penting kerana 80% jangkitan disebarkan oleh tangan yang kotor.

Bau badan sebenarnya adalah normal, kita tidak boleh halang peluh yang keluar demi menghilangkan bau badan. Peluh keluar supaya suhu badan kita dapat disejukkan secara alami.

Tetapi kita boleh kawal bagaimana mahu menguruskan baunya. Gunakan antiperspirant deodorant serta sabun anti bakteria setiap kali mandi.

Menjemput Rezeki Dengan Wangian

Apabila kita memakai wangi-wangian, kehadiran kita akan disenangi oleh ramai orang. Ini kerana kita tahu bagaimana caranya untuk menghormati hak menghidu orang di sekeliling. Dalam pada masa yang sama, sebenarnya tanpa sedar kita semua adalah model yang membawa imej syarikat bernama Islam.

Bayangkan apabila kita mengenakan tudung, dan berbaju Melayu serta bersampin. Tetapi ada bau yang tidak menyenangkan. Adakah orang akan senang untuk bekerjasama dengan kita. Sudah pasti tidak.

Disebabkan itu, kita harun tunjukkan contoh yang terbaik, menjadi umat yang mewangi. Supaya wangian yang digunakan itu secara tidak langsung turut menjadi alat bantu dakwah.

“Wangian dapat menjemput sahabat, bau busuk menjemput lalat.” HajiDell


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ariffuddin

Beliau merupakan seorang usahawan dan penulis yang telah menghasilkan beberapa karya buku seperti Usahawan Cilik, Beruslah Gigi, 23+1 Amalan Penulis Novel Bestseller dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami