Muhasabah saya sebagai seorang suami dan ayah dalam mengenang Nabi s.a.w. Bila sebut Nabi s.a.w. Satu perkara selalu saya kenang ialah beliau ada 2 tangan dan 2 kaki seperti kita. Tapi beliau seorang manusia yang sangat dicintai Allah. Baginda berdakwah, berkasih sayang dan menangis buat manusia seluruh alam. Ketika itu datuk-datuk kita dulu-dulu masih belum kenal Tuhan.
Umat Islam perlu gemar berkhidmat sebagai sebahagian daripada dakwah. [SC]
Mungkin ada yang sembah pokok atau batu tapi Baginda benar-benar mengasihi kita semua. Sentiasa berdoa dan menangis buat kita. Menyayangi kita lebih dari ibu kita. Kita ramai tapi Islam belum benar-benar hidup. Tugas kita pula berdakwah, menyayangi dan menangis buat semua manusia tidak terkecuali siapapun. Tapi kita lupakan tugas itu.
Ahli keluarga kita mudah untuk datang kepada Islam apabila kita suka memberi khidmat. Rasulullah s.a.w berpesan:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya”. Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi
Ayuh kita beri khidmat dengan kemas rumah, tolong kerja-kerja isteri di rumah, basuh baju, jemur dan lipat baju. Mudahkan kerja rumah. Sekali sekala masak di rumah ataupun tolong basuh pinggan dan kemas dapur.
Semua orang soleh suka bersihkan tandas dan buat kerja-kerja yang nampak hina. Barangsiapa rendahkan dirinya, Allah muliakannya. Hati menjadi kotor jika geli basuh tandas atau pegang penyapu atau kutip sampah. Semua orang soleh dan orang yang dimuliakan oleh Allah hari ini, mereka tidak rasa jijik kepada kerja khidmat begini.
Picit ibubapa atau pasangan kita. Imam Syafie rahimahuallah picit kaki ibunya. Sambil cium kaki ibunya. Katanya disinilah syuga buat saya. Suka beri khidmat. Belajar melafazkan cinta dan sayang. Nabi s.a.w dan sahabah selalu melafazkan sayang kepada ahli keluarga dan orang Islam lain.
Seperti suasana hari ini ramai orang mudah benci dan meluat tengok orang. Ish orang ni aku tak berkenan. Orang dulu mudah sayang kerana Allah. Kita mula melafazkan sayang pada isteri dan anak. Cinta dan Kasih sayang ialah perkara besar dalam Islam. Wahai isteriku, abang sayang awak kerana Allah. Wahai anak, ayah sayang kamu kerana Allah. Wahai ibu ayahku, saya sayang ibu ayah kerana Allah.
Selalu pegang tangan dan bergurau dengan ahli keluarga dan selalu puji Allah. Berdakwah kepada ahli keluarga kisah Nabi-nabi dan sahabah rhum. Puji-puji Allah. Agungkan dan besarkan Allah. Hidupkan rumah seperti madrasah. Hidup rumah dengan amalan ta’lim sehingga rumah kita bercahaya di langit. Mungkin rumah kita gelap di dunia. Tapi bercahaya di langit.
Rumah hidup dengan solat awal waktu bagi wanita. Lelaki 5 waktu ulang alik masjid. Ajak anak amal sunnah Nabi s.a.w. Bangun malam. Ajar anak-anak bangun awal solat tahajud. Kejut isteri dan ahli keluarga bangun tahajud. Allah rahmati keluarga bangun tahajud. Sebelum Subuh hidup bacaan Al-Quran. Zikir dan selawat atas Nabi s.a.w. Doa panjang-panjang. Setiap ahli keluarga sudah biasa merayu, merintih, melepaskan rindu kepada Allah dalam doa.
Rumah hidup mesyuarah. Minta pandangan ahli keluarga dalam membuat keputusan. Rahmat Allah bersama keputusan mesyuarat yang diputuskan suami. Ketua keluarga. Bentuk fikir keluarga kepada fikir akhirat. Mencintai akhirat. Fikir alami. Fikir manusia seluruh alam agar mendapat hidayah.
Ya Allah pilih, gunakan, dan terima kami semua untuk usaha dakwah Nabi s.a.w sehingga asbab hidayah sampai kiamat.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.