Inspirasi

Berkenalan Dengan Lelaki Istimewa Ini Cukup Menginsafkan Diriku

Oleh Al Irfan Jani  •  12 Nov 2014  •  2 min baca

Lelaki Istimewa

Lelaki ini cukup istimewa, namun jangan sekali meninggalkan saf-Mu.

Dia menghulurkan telefon bimbitnya yang tiada SIM card.

“Abang tengok ni, kenal tak budak perempuan ni nama dia, Ana.”

Aku tanya,

“Ana mana ni?” Dia jawab, “Dia duduk depan rumah saya. Baik dia. Selalu bagi saya makan.”

Kemudian saya tanya,

“Depan rumah? Rumah kau di mana?”

Dia jawab,

“Apalah awak ni, rumah saya depan rumah Ana lah! Tadikan dah beritahu.”

Sah ini lelaki agak istimewa. Berkenalan dengan seorang yang tidak berumah telah banyak menginsafkan diriku.

Dia yang digelar sahabatku sebagai “Shod Dhod Tho Zho“, cekap menghafal dan mengeja. Cakapnya banyak tergagap dan amat pantang jika aku mencelah di tengah bualannya.

Sebelum pulang, aku berseloroh,

“Razak, kau doakanlah aku.”

Dia bertanya,

“Nak doa apa ni? Buatlah senarai.”

Lantas aku menjawab,

“Alah, doalah apa-apa.”

Dia duduk menghadap kiblat, dan terus berdoa. Aku duduk di belakangnya, mengaminkan.

“Ya Allah, banyakkanlah rezeki kawan aku ni, Irfan.”

Tiba-tiba dia toleh ke belakang,

“Kau ada anak?”

Aku angguk.

Dia sambung,

“Ya Allah, janganlah kau jadikan anaknya macam aku ni. Biarlah anaknya besar dapat tolong mak ayah dia. Janganlah kau jadikan.. Ir, ir, Irfan macam bapak ti,ti, tiri aku yang campak aku macam ni. Selamatkanlah Irfan du, du, dunia akhirat. Selamat, se, se, se, selamat, slamat, slamat, slamat…”

Airmata telah menghujan pipiku selebat air yang mencurah dari langit. Aku tidak tahan lagi, lantas aku berlari ke dalam kereta, dan menaipkan tulisan ini terketar-ketar, sambil mataku berkaca tidak nampak apa yang kutaipkan lagi.

Ya Allah, sesungguhnya ciptaan-Mu ini amat indah. Ternyata Kau Maha Cantik dan Maha Sempurna. Lelaki ini biar sebegitu rupa, namun sewaktu sesekali subuh kami di masjid ini dia jarang tinggalkan saf-Mu.

Selamat, selamat, selamat yang dia ucapkan tadi tanpa putus, moga kau selamatkan kami seperti kau selamatkan dia dengan janji syurga. AMINNNN NNNNNN


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Al Irfan Jani

Beliau merupakan seorang usahawan yang melihat sesuatu dari dimensi yang berbeza. Walaupun sekadar memerhati sesuatu di jalanan tetapi beliau mampu mengutip pelbagai pengajaran yang berguna.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami