Berita

2 Versi Khutbah Solat Aidilfitri Disediakan Jabatan Mufti Negeri Perlis

Oleh Natirah Azira  •  19 May 2020  •  1 min baca

Setelah beberapa buah negeri mengumumkan kebenaran bagi masjid dibuka untuk tujuan solat Jumaat dan Solat Hari Raya, Perlis kekal tidak benarkan sebarang solat jemaah dilakukan di masjid sehingga 9 Jun ini.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah memutuskan bahawa semua warga Perlis boleh melakukan Solat Sunat Aidilfitri di rumah sahaja.

Jabatan Mufti Negeri Perlis juga dilihat lebih awal melakukan persiapan dengan mengeluarkan Risalah Sambutan Aidilfitri serta teks khutbah Solat Aidilfitri yang mudah untuk panduan orang ramai.

Bagi teks khutbah, dua versi telah dikeluarkan iaitu versi satu khutbah dan dua khutbah. Orang ramai boleh mendapatkan teks khutbah tersebut serta tatacara pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya di laman web Jabatan Mufti Negeri Perlis
.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami