Ibadah

2 Sebab Orang Baik Juga Melakukan Dosa

Oleh Natirah Azira  •  7 Nov 2018

Mengapa seseorang cenderung untuk melakukan dosa?

Ada dua aspek yang perlu diambil perhatian iaitu aspek psikologi dan spiritual.
Sesuatu dosa yang dilakukan kadang-kadang bukan hanya berpunca dari lemahnya iman. Ia boleh bermula dari perbuatan yang akhirnya menjadi tabiat. Hal ini dapat dikaitkan dengan aspek psikologi.

Tabiat yang mencetuskan rasa senang (walaupun salah), jika tidak dikawal mampu membuatkan si pelaku melakukan kesalahan tersebut berulang kali. Hal ini kerana di dalam minda mereka telah ada suatu ‘suis’ yang memungkinkan tabiat buruk tersebut berulang.

Contohnya jika mereka sudah terbiasa melihat perkara maksiat, dan tidak dapat mengawal nafsu, maka perkara tersebut akan berulang lagi dan lagi, bahkan pelaku mungkin akan bertindak lebih jauh untuk memuaskan keinginan. Kerana itu Islam sentiasa menyarankan kita supaya mensucikan hati, supaya keinginan untuk ke arah dosa dan maksiat dapat dibuang.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami