Ibadah

2 Pesanan Penting Daripada Allah Tentang Kehidupan

Oleh Natirah Azira  •  9 Nov 2018

Dunia adalah tempat ujian. Tidak ada yang terlepas daripadanya, tidak kira siapa pun kita. Kaya atau miskin, kuat atau lemah, semua orang akan diuji. Bezanya cuma jenis ujian.

Bagaimana untuk menempuhnya?
Segala ujian ini mampu ditempuh dengan dua cara iaitu sabar dan solat. Rasulullah SAW apabila diuji, akan terus mendirikan solat kepada Allah. Diri terus sujud kepada Allah, segala masalah dan perkara yang memberatkan hati akan diluahkan dahulu kepada Allah.

Pesanan penting yang kedua ialah sabar. Ia satu perkataan yang mudah diucap namun sukar dilakukan. Tetapi ada rahsia sebenarnya bagaimana untuk menjadi sabar iaitu dengan menunjukkan kesungguhan yang kuat untuk menjadi sabar. Dalam satu petikan hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda;

“…barangsiapa yang berlatih untuk bersabar, niscaya Allah memberikan kesabaran kepadanya. Dan, tidak ada nikmat yang lebih baik dan lebih luas, yang diberikan kepada seseorang, selain kesabaran.”


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami