Eksklusif

#19 – Syif Jaga Malam

Oleh Natirah Azira  •  12 May 2020

Assalamualaikum warga Tzkrh sekalian!

Hari ke-19 Ramadan telah berlalu dan pada malam ini kita telah memasuki gerbang 20 Ramadan, bermakna bermulalah kayuhan 10 malam terakhir Ramadan.

Daripada checklist ibadah kita, apa lagi yang boleh ditambah baik agaknya? Harapnya kita sudah dapat mengenal pasti kemampuan diri dan apa yang boleh diusahakan lagi.

10 malam terakhir ini seharusnya menjadi malam-malam yang kita hidupkan dengan ibadah seperti solat tahajud, solat hajat dan membaca Al-Quran. Namun jangan pula kita menukar malam menjadi siang, dan waktu siang kita habiskan dengan tidur sepanjang hari. Sebaiknya kita tidur lebih awal selepas Solat Tarawih untuk bangun semula berqiamullail.

Rasulullah SAW dan para sahabat dulu akan menghidupkan 10 malam terakhir ini dengan amalan iktikaf di masjid. Malah dikatakan baginda mempunyai tempat khas yang disukai di dalam masjid untuk beribadah.

Bagi meraikan kebiasaan Nabi ini, apa kata kita juga menyediakan tempat yang khusus untuk beribadah di rumah memandangkan kita masih belum dibenarkan ke masjid. Kita jadikan suatu sudut sebagai tempat ibadah khas – kita letakkan segala keperluan ibadah seperti sejadah, Quran, tasbih dan bekas air di situ supaya tidak perlu bergerak banyak dan dalam masa sama dapat mewujudkan suasana ibadah.

Pada fasa ini, kita perlu mengatur lebih strategi untuk benar-benar memaknakan 10 malam terakhir. Jadi apa tunggu lagi?


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami