Eksklusif, Tokoh

#19 – Ibnu Sina, Kegigihannya Dalam Menuntut Ilmu Yang Perlu Dicontohi

Oleh Fizah Lee  •  12 Oct 2020  •  3 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Ibnu Sina atau dikenali dengan nama baratnya, iaitu Avicenna merupakan seorang tokoh perubatan yang sangat ulung sehingga beliau digelar sebagai bapa perubatan dunia.

Nama penuh beliau ialah Abu Ali al-Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina berasal daripada Parsi.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 375 Hijrah di Afghanistan. Bapa beliau merupakan seorang ulama yang dihormati dan disebabkan itu, beliau mula belajar mengenai agama sedari kecil.

Ketika berusia 10 tahun, beliau telah mula menghafal Al-Quran. Beliau juga sering mengikut bapanya menghadiri ceramah dan perbincangan intelektual bersama para ulama lain.

Kebolehannya dalam menghafal segala perkara membuatkan ramai orang kagum dengan beliau.

Bukan ilmu keagamaan sahaja, namun beliau banyak meluangkan masa untuk menuntut ilmu mengenai falsafah, sains, undang-undang Islam serta banyak membaca hasil kerja seorang ahli matematik berbangsa Greek, iaitu Euclid.

Walaupun ketika berusia 16 tahun beliau sudah mempunyai hafalan dalam bidang ilmu yang meluas, namun beliau tidak pernah berbangga diri dan setiasa warak dengan ilmunya.

Antara matlamat yang sering ditekankan ialah beliau ingin mengkaji hubungan antara ilmu sains dan agama serta menghasilkan beberapa penulisan pendek berkenaan teologi Islam termasuklah wacana tentang nabi-nabi dan tafsiran saintifik.

Beliau mula mempelajari bidang perubatan ketika berusia 16 tahun dan apa yang sangat menakjubkan ialah beliau berjaya menjadi seorang pengamal perubatan bertauliah dan dihormati selepas dua tahun menceburi bidang tersebut.

Apa yang kita boleh belajar daripada tokoh ulung perubatan ini?

#1 – Kegigihan dalam menuntut ilmu – Beliau disifatkan sebagai seorang yang sangat rajin dalam mencari ilmu.

Bahkan, kesibukan beliau adalah terhadap ilmu semata-mata. Beliau tidak pernah mengeluh bahkan sentiasa bertungkus-lumus dengan ilmu.

#2 – Warak dengan ilmu – Walaupun beliau berjaya menjadi penghafaz Al-Quran ketika berusia 10 tahun, namun, beliau tidak pernah berbangga diri bahkan sentiasa tawaduk dengan ilmunya.

#3 – Menghormati para gurunya – Ketika berusia 16 tahun, ilmu beliau telah berjaya menandingi gurunya. Namun, itu tidak memberikan lesen kepadanya untuk tidak menghormati gurunya.

#4 – Sentiasa mengaitkan ilmunya dengan bidang keagamaan – Beliau banyak belajar mengenai falsafah dan juga ilmu sains.

Namun, dalam masa yang sama beliau tidak pernah melupakan Islam. Bahkan, setiap apa yang dipelajari sentiasa berusaha untuk diterapkan ilmu-ilmu Islam di dalamnya.

#5 – Mengamalkan ilmu yang diperoleh – Setiap ilmu yang ada akan sentiasa diamalkan dengan baik.

Itulah yang berjaya menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang membawakan pelbagai penemuan baru terutamanya dalam bidang perubatan.

Pelan efisien kali ini membawakan kepada anda Ibnu Sian sebagai pemangkin semangat dan motivasi untuk sentiasa berusaha menuntut ilmu.

Walaupun pelbagai perkara yang berlaku terutamanya dengan wabak COVID-19 yang masih melanda dan menyebabkan kesukaran untuk menuntut ilmu, namun cuba jadikan halangan itu sebagai salah satu pembakar semangat untuk menggapai matlamat yang telah anda tetapkan.

Sumber:
Kajian Mengenai Ibn Sina

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami