Eksklusif

#18 – Mengambil Iktibar Badar

Oleh Natirah Azira  •  11 May 2020

Assalamualaikum warga Tzkrh semua!

Apa khabar? Bagaimana semangat dalam beramal? Jika terasa penat, maka ambil dulu beberapa ketika masa untuk berehat sebelum menyambung kembali.

Nuzul Quran baru sahaja berlalu, tetapi masih belum terlambat untuk bercakap tentang satu lagi peristiwa besar dan penting yang turut berlaku pada 17 Ramadan, tahun ke-2 Hijrah.

Peristiwa tersebut ialah Perang Badar, perang pertama dalam Islam. Pasukan Islam ketika itu hanya berjumlah 313 orang menghadapi pasukan Musyrikin yang berjumlah 1000 orang.

Jika difikir daripada logik akal, sudah tentu pasukan yang lebih besar akan menang namun kuasa dan kehendak Allah mengatasi segalanya.

Perang Badar bukan hanya menyaksikan kesungguhan kaum Ansar dan Muhajirin yang bertekad untuk berperang bersama Nabi SAW malah termasuk keyakinan teguh kepada janji Allah untuk membantu golongan Islam. Allah akhirnya mengutus pasukan malaikat berbondong-bondong untuk turut berperang bersama mereka.

MasyaAllah. Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Peristiwa ini mengajar kita tentang kebergantungan penuh kepada Allah dalam segenap perkara. Dan semoga Ramadan ini menjadi bukti kepada keimanan kita untuk benar-benar bersungguh dalam beragama.

Sampai jumpa lagi esok hari, InsyaAllah.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami