Eksklusif

#17 – Ada Apa Dengan Nuzul Quran

Oleh Natirah Azira  •  10 May 2020

Salam Nuzul Quran buat para pelabur Skim Pelaburan Berimpak Maksima sekalian.

Malam nuzul Quran disambut bagi memperingati saat Nabi SAW menerima penurunan wahyu kali pertama.

Di sebalik hal ini, malam Nuzul Quran ibarat loceng peringatan sebenarnya untuk bersedia kerana 10 malam terakhir sudah sangat hampir.

Maka apa yang boleh dilakukan pada tarikh istimewa ini adalah memperingati dan menghayati tujuan Al Quran itu diturunkan. Renung sejenak keadaan Nabi SAW dalam tempoh penurunan wahyu pertama itu – baginda mengasingkan diri di Gua Hira’ bagi mencari kekuatan dalaman, mengasingkan diri daripada hiruk pikuk dunia dan masyarakat jahiliyah yang dalam kelalaian.

Selain daripada memperbanyakkan bacaan, ambil juga sedikit masa untuk menghargai usaha Nabi SAW menyampaikan apa yang telah diterima daripada Allah kepada umat manusia dengan cara menghayati apa yang terkandung di sebalik kalimah-kalimah suci ini.

Tahu membaca dan tahu menghayati itu adalah dua perkara yang berbeza maka ambil lah manfaat kedua-duanya.

Jadi, jom kita terus menambah baik ibadah, memperkuatkan tekad dan mengekalkan momentum amalan untuk menempuh 10 malam terakhir yang akan tiba tidak lama lagi!


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami