Eksklusif

#16 – Zakat Fitrah Untuk Siapa

Oleh Natirah Azira  •  9 May 2020

Salam Ramadan Berimpak Maksima kepada semua!

Dalam episod kali ini, kami ingin bertanya soalan cepu emas kepada anda semua – dah bayar zakat fitrah ke belum?

“Awal lagi la…”

Sebenarnya tidak ada salah pun jika ingin membayar awal, lebih-lebih lagi pada tahun ini kita lebih digalakkan membayar zakat fitrah secara dalam talian bagi membendung penularan Covid-19.

Jom kita ambil tahu tentang waktu pembayaran zakat fitrah.

Waktu harus – bermula dari awal bulan Ramadan
hingga akhir Ramadan

Waktu wajib – Selepas terbenam matahari pada hari akhir Ramadan

Waktu afdal – Selepas Solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.

Waktu makruh – Selepas mengerjakan solat Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari pada hari tersebut.

Waktu haram – Selepas terbenam matahari pada hari raya Aidilfitri

Maka rancanglah dengan baik waktu anda ingin menunaikan kewajipan ini. Usah ditangguh dan dilengahkan hingga menyusahkan kita pada saat akhir. Tambahan pula, zakat fitrah ini bukan hanya bertujuan untuk membantu golongan asnaf namun untuk membantu si pemberi zakat itu sendiri.

Mengapa?

Kerana ia bertujuan membersihkan orang yang mengerjakan puasa yang pasti ada melakukan kesalahan jua sepanjang berpuasa. Di akhirnya kita ingin menyambut 1 Syawal, hari kemenangan umat Islam dalam keadaan sempurna.

Baca juga:
Cara Bayar Zakat Fitrah Dalam Talian


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami