Eksklusif, Kesihatan

#17 – Tukarkan Snek Kepada Buah, Ini Waktu Ideal Untuk Mengambilnya

Oleh Fizah Lee  •  9 Oct 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Antara makanan yang sihat yang dianjurkan untuk dimakan ialah buah. Buah-buahan merupakan antara elemen penting dalam pemakanan seimbang. Ia kaya dengan serat dan vitamin yang boleh membantu menjaga kesihatan tubuh badan seseorang.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh membantu mencerdaskan minda dan menjadikan seseorang dapat berfikir dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, sebagaimana nasi yang tidak digalakkan untuk diambil beberapa jam sebelum anda tidur, begitu juga dengan buah yang mempunyai waktu yang ideal untuk memakannya.

Jadi, untuk menjadikan pengambilan buah anda lebih berkesan dari segi serat dan vitaminnya kepada tubuh badan, apa kata lihat waktu ideal terlebih dahulu.

#1 – Peruntukan masa 20-30 minit sebelum memakan makanan berat – Sebuah kajian daripada pakar klinikal menyebut bahawa waktu terbaik adalah 20-30 minit sebelum makan.

Ia dapat membantu anda untuk lebih kenyang sekaligus mengurangkan berat badan anda.

#2 – Makan buah di awal pagi – Peruntukan masa untuk makan buah terlebih dahulu sebelum anda bersarapan seperti pisang atau buah epal.

Ia adalah waktu terbaik kerana tubuh kita telah berehat semasa tidur. Oleh itu, proses pencernaan akan bekerja dengan lebih cepat sebelum diikuti dengan makanan berat.

#3 – Elak makan buah sebelum tidur – Kandungan gula yang terdapat dalam buah-buahan akan menyebabkan peningkatan tenaga sehingga boleh mengganggu pola tidur anda seperti senang berjaga malam.

#4 – Jangan makan buah selepas makan berat – Salah seorang Consultant Dietitia dari Global Hospitals Mumbai berkata, pengambilan buah selepas makan berat bukanlah sesuatu yang bagus.

Hal ini kerana ia boleh menyebabkan buah tidak dapat dicerna dengan betul dan nutrien dari buah itu juga tidak dapat diserap dengan baik.

Kesimpulannya

Oleh itu, kita mengetahui bahawa nutrien dalam buah itu amat banyak. Khasiatnya juga boleh membantu membekalkan tenaga, mengurangkan nafsu makan sekali gus menjaga kesihatan kita.

Jadi, pastikan waktu pengambilan buah itu sesuai agar serat-seratnya dapat diserap tubuh badan dengan baik.

#Menuju2021
#PE1H

Rujukan:
Healthline


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami