Eksklusif, Ibadah

#16 – Tips Untuk Khusyuk Dalam Solat

Oleh Fizah Lee  •  8 Oct 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Khusyuk dalam solat merupakan salah satu perkara yang kalau boleh kita nak capai ia. Mengapa? Kerana ia merupakan nikmat terbesar untuk meraih ketenangan serta boleh meningkatkan mutu solat kita ke arah yang lebih baik.

Namun, bukan mudah nak capai khusyuk dalam solat. Pasti ada sahaja halangan atau gangguan yang melanda diri kita sama ada dari faktor luaran mahupun dalaman sendiri.

Khusyuk sendiri membawa maksud perasaan rendah diri di dalam hati semasa menghadap Allah SWT.

Sepatutnya, semasa menunaikan solat, bukan badan sahaja yang berdiri di hadapan Allah tetapi hati juga. Hati perlu hadir dan ‘berdiri’ dalam keadaan penuh rendah dan sedar akan kesilapan diri sendiri.

Jadi, bagaimana untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat?

#1 – Ambil wuduk dengan betul

#2 – Jangan terburu-buru ketika menuju ke tempat solat

#3 – Pakai pakaian yang selesa dan sesuai

#4 – Pastikan tempat solat bersih dan kemas untuk mengelakkan fikiran menerawang ke sekeliling

#5 – Gunakan sejadah yang kurang corak atau kosong adalah lebih baik

#6 – Perlahan-lahan memahami bacaan yang dibaca dalam solat

#7 – Sebelum solat, ambil masa sejenak untuk mengingati Allah sama ada dengan berzikir, mengucapkan isti’azah atau melakukan solat sunat dua rakaat (untuk waktu yang dibolehkan) bagi menghadirkan persediaan dalam solat.

#8 – Jaga pemakanan

Kesimpulan

Kekhusyukan dalam solat itu boleh membantu mendidik hati ke arah ketenangan dan lebih baik. Bahkan, berdasarkan kalam Allah, ada disebut mengenai orang yang khusyuk yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.”

(Surah Al-Mukminun, 23:1-2)

Wallahu a’alam

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami