Eksklusif

#14 – Dermawan Bukan Hartawan

Oleh Natirah Azira  •  7 May 2020

Salam Ramadan ke-14 warga Skim Ramadan Berimpak Maksima sekalian!

Hari ini kita ingin menyentuh lebih mendalam tentang amal ibadah sedekah.

Seperti yang kita ketahui, amalan sedekah sangat besar ganjarannya, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, dan tambah lebih lagi pada musim Covid-19 di mana ramai orang yang terkesan daripada sudut ekonomi.

Maka ini lah masanya kita perlu mengambil peluang dan merebut tawaran Allah untuk berpahala dengan cara bersedekah.

Mungkin ada yang berkata – apa sangatlah yang boleh dibantu dalam keadaan diri sendiri juga tidak hidup senang atau mewah. Ya, perkara ini tidak dinafikan.

Tetapi, harus kita ingat bahawa sedekah ini bukan amalan khusus buat yang kaya dan berharta sahaja.

Kekayaan sebenar adalah pada hati. Orang yang kaya hati, akan merasa syukur dan ingin membantu orang lain semampu yang boleh.

Lihatlah Ramadan sebagai ruang dan peluang untuk melatih hati menjadi kaya. Biarlah kita bukan hartawan, cukuplah kita mempunyai hati yang dermawan.

Sampai jumpa lagi di video seterusnya!


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami