Eksklusif

#13 – Cuti-cuti Ibadah (Bahagian 2)

Oleh Natirah Azira  •  7 May 2020

Assalamualaikum pengunjung Tzkrh semua!

Berjumpa lagi kita dalam Pelan Ramadan Berimpak Maksima. Dalam video kali ini, kita akan menyambung sedikit lagi perbincangan yang lalu berkenaan isu haid dan nifas para wanita di bulan Ramadan.

Kita sudah berbicara tentang niat serta sudah perbetulkan kefahaman tentang waktu haid – ia bukanlah waktu kita terhalang daripada melakukan amal ibadah secara total. Masih ada lubuk-lubuk pahala yang boleh kita dapatkan. Antaranya seperti:

#1- Berzikir

Banyakkan beristighfar. Jangan habiskan masa dengan lepak sahaja. Isi waktu solat dengan tahmid, tasbih, istighfar dan zikir-zikir yang lain.

#2- Berkhidmat Untuk Orang-orang Yang Berpuasa

Orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa akan diberi ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa. Maka ambil lah peluang untuk memasak dan menyediakan juadah buat orang yang berbuka.

#3- Bersedekah

Amalan yang sangat dimuliakan Allah hatta di luar Ramadan adalah bersedekah. Usah lupa, dalam rezeki kita juga ada rezeki orang lain.

#4- Mendengar Dan Menghayati Bacaan Al-Quran

Mendengar dan menghayati bacaan Al-Quran juga adalah cara untuk kita mendapat pahala dengan mudah. Kita masih boleh menelusuri makna dan hikmah yang Allah sediakan di sebalik firman-firmanNya.

Jika satu jalan ibadah ditutup, jangan berhenti mencari jalan-jalan yang lain. Agama Islam adalah agama yang indah bagi orang yang yang positif dan penuh dengan pengharapan kepada Allah.

Selamat memaknakan Ramadan!


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami