Gaya Hidup

12 Pesanan Berharga Imam Al-Ghazali

Oleh Fazli Abdullah  •  28 Feb 2019  •  4 min baca

Imam Al-Ghazali atau nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau dilahirkan pada tahun 450 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah di negeri kelahirannya At-Thusi.

Beliau digelar sebagai Hujjatul Islam. Banyak pesanan, kata-kata hikmah dan nasihat daripada beliau yang dapat kita ambil pengajaran untuk kehidupan kita.

Walaupun sudah beratus tahun lamanya, pesanan beliau masih kekal dipegang dan diingati sehingga hari ini.

Artikel ini dikongsikan 12 pesanan beliau yang dikutip daripada kitab-kitab penulisan beliau. Semoga ia memberi manfaat dan kebaikan untuk kita mengapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

1- Rugi Berilmu Tanpa Beramal

“Janganlah engkau jadi orang yang muflis (bangkrap) pada amalnya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah, dan yakinlah bahawasanya semata-mata ilmu itu belum dapat menjamin keselamatanmu di akhirat kelak.”Imam al-Ghazali

2- Hakikat Hidup, Cinta Dan Amal

“Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati. Dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.”Imam al-Ghazali

3- Apa Itu Ikhlas?

“Ikhlas itu adalah engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah swt dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau juga tidak peduli dengan celaan mereka.”Imam al-Ghazali

4- Hindari Pertengkaran

“Janganlah engkau bertengkar dengan seseorang pada apa jua masalah kerana pertengkaran itu mengandungi bermacam-macam penyakit. Dosanya jauh lebih besar daripada faedahnya kerana pertengkaran itu sebab segala perangai jahat seperti riyak, hasad, takabbur, dengki, permusuhan dan merasa bangga dengan kemampuan diri sendiri dan yang lain-lain lagi.”Imam al-Ghazali

5- Carilah Hatimu Pada 3 Tempat

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”Imam al-Ghazali

6- Tidak Jemu Dalam Menimba Ilmu

“Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.”Imam al-Ghazali

7- Seiringkan Ilmu dan Beramal

“Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia.”Imam al-Ghazali

8- Siapkan Bekalan

“Jadikanlah segala kegagalan itu berapa pada pihak hawa nafsumu. Dan jadikanlah kematian itu hanya pada badanmu kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur, dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu pada setiap masa, maka jangan sesekali engkau datang ke sana tanpa bekalan.”Imam al-Ghazali

9- Cintailah Mereka Seperti Mencintai Diri Sendiri

“Segala perkara yang hendak engkau lakukan bagi orang lain hendaklah engkau mengukurnya bagi dirimu dahulu. Jadi apa yang engkau suka orang lain lakukan terhadap dirimu maka buatlah perkara yang seperti itu terhadap orang lain kerana iman seseorang hamba tidak akan sempurna sehingga ia mencintai bagi seluruh manusia apa-apa yang ia mencintai bagi dirinya sendiri.”Imam al-Ghazali

10- Carilah Teman Yang Setia

“Jangan berteman dengan teman yang hanya ada ketika sihat atau kaya, kerana teman seperti itu sungguh berbahaya sekali bagi kamu di belakang hari.”Imam al-Ghazali

11- Hindari Merasakan Diri Lebih Baik Dan Mulia

“Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.”Imam al-Ghazali

12- Hindari Daripada Suka Memuji Diri Sendiri

“Dan ketahuilah bahawa perbuatan memuji diri sendiri adalah mengurangkan harga dirimu di sisi manusia dan menyebabkan kamu mendapat kemurkaan di sisi Allah S.W.T. Maka apabila kamu mahu tahu bahawa pujianmu terhadap dirimu itu tidak menambah martabatmu di sisi orang lain, cuba kamu lihat ketika ada orang lain yang memuji dirinya di hadapanmu dengan menyebut-yebutkan kelebihan, pangkat dan hartanya.”Imam al-Ghazali

Waallahu a’lam.

Rujukan:
1. Ayyuhal Walad (Karangan-Imam Al-Ghazali
2. Bidayatul Hidayah (Karangan-Imam Al-Ghazali
3. Mutiara Kata


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fazli Abdullah

Dilahirkan di Kedah. Hobi membaca dalam genre agama dan motivasi. Mengemari lagu nasyid. Menjadikan penulisan sebagai medan penyebaran ilmu dan kebenaran. tzkrh.com adalah ruangan penulisan pertamanya menulis dengan serius.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami