Eksklusif

#12 – Cuti-cuti Ibadah

Oleh Natirah Azira  •  6 May 2020

Sebagai seorang wanita, pasti isu ‘Allah bagi cuti’ kerana didatangi haid dan nifas ini tidak dapat dielakkan pada bulan Ramadan.

Golongan wanita dilarang daripada melakukan solat dan juga berpuasa buat sementara waktu. Apabila terjadi perkara ini, pasti ada yang berasa rugi kerana sudah terlepas banyak hari untuk beribadah.

Namun, fahamilah wahai kaum wanita bahawa larangan berpuasa kerana didatangi haid dan nifas juga adalah perintah Allah. Justeru, apabila perintah Allah kita patuhi, bukanlah kita juga akan mendapat pahala?

Apabila kita tidak boleh berpuasa – bicarakanlah pada Allah isi hati kita – bahawa kita ingin sekali berpuasa, namun kerana keterbatasan ini, kita akur dan taat. Dalam masa yang sama kita berdoa agar Allah tetap mengganjari kita pahala.

Jadi, jangan bersedih, teruslah bersemangat menampung waktu-waktu terluang dengan amalan zikir, malah kita sebenarnya masih boleh membaca terjemahan dan tafsir Al-Quran untuk merenung hikmah di sebalik kata-kata Allah.

Salam Ramadan Berimpak Maksima!


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami