Remaja

12 Ciri Di Sebalik Istilah Bersahabat Dengan ‘Penjual Minyak Wangi’

Oleh Rabiatul Adaweeyah  •  15 Apr 2017  •  3 min baca

Lukman al-Hakim pernah menasihati anaknya;

“Wahai anakku setelah kau mendapatkan keimanan pada Allah s.w.t, maka carilah teman yang baik dan tulus. Perumpamaan teman yang baik seperti ‘pohon’ jika kau duduk di bawahnya dia dapat menaungimu, jika kau mengambil buahnya dapat kau makan. Jika ia tak bermanfaat untukmu ia juga tak akan berbahayakanmu.”

Berteman atau bersahabat adalah jalan penting yang kuat memberi pengaruh kepada seseorang. Jika ikhlasnya sesebuah persahabatan itu, akan banyaklah kelebihan yang didapati. Namun, jika buruk persahabatan itu, maka buruk jugalah kesannya.

Oleh itu, jadilah seorang teman yang seperti ‘penjual minyak wangi’, bukan seperti ‘tukang arang’; iaitu kesan baunya akan terlekat pada sahabatnya yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w;

“Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi atau engkau boleh membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.”Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Jadi, bagaimanakah untuk menjadi teman sebaik penjual minyak wangi itu? Menurut Imam al-Ghazali terdapat 12 ciri-ciri sahabat yang baik, iaitu:

#1 – Jika Engkau Berbuat Baik Kepadanya, Dia Juga Akan Melindungimu

#2 – Jika Engkau Merapatkan Ikatan Persahabatan Dengannya, Maka Dia Akan Membalas Balik Persahabatanmu Itu

#3 – Jika Engkau Memerlukan Pertolongan Darinya, Dia Akan Berupaya Membantu Sesuai Dengan Kemampuannya

#4 – Jika Kau Menawarkan Berbuat Baik Kepadanya, Dia Akan Menyambut Dengan Baik

#5 – Jika Dia Memperoleh Suatu Kebaikan Atau Bantuan Darimu, Dia Akan Menghargai Kebaikan Itu

#6 – Jika Dia Melihat Sesuatu Yang Tidak Baik Dari Dirimu, Akan Berupaya Dia Menutupinya

#7 – Jika Engkau Meminta Sesuatu Bantuan Darinya, Dia Akan Mengusahakannya Dengan Sungguh-Sungguh

#8 – Jika Engkau Berdiam Diri (Kerana Malu Untuk Meminta), Maka Dia Akan Menanyakan Kesulitan Yang Kamu Hadapi

#9 – Jika Bencana Datang Menimpa Dirimu, Dia Akan Berbuat Sesuatu Untuk Meringankan Kesusahanmu Itu

#10 – Jika Engkau Berkata Benar Kepadanya, Nescaya Dia Akan Membenarkanmu

#11 – Jika Engkau Merencanakan Sesuatu Kebaikan, Dengan Senang Hati Dia Akan Membantu Rencana Itu

#12 – Jika Kamu Berdua Sedang Berbeda Pendapat Atau Berselisih Faham, Nescaya Dia Akan Lebih Senang Mengalah Untuk Menjaga

Selain itu, terdapat ciri-ciri lain untuk menjadi dan mencari sahabat yang baik, seperti:

#1 – Menjaga Akidah Dan Agama

#2 – Berakal Dan Tidak Mementingkan Hal Dunia

#3 – Baik Akhlak Dan Perangai

#4 – Tidak Membawa Kesesatan Dan Gemar Melakukan Maksiat

#5 – Taat Beribadah Dan Tidak Meninggalkan Amal Ibadah

#6 – Gemar Mencari Ilmu Dan Mengamalkan Ilmunya

Perumpamaannya, teman baik adalah sahabat yang membawa kebaikan bagi seseorang. Sebaliknya teman yang buruk akan menjerumuskan keburukan. Lalu, jadilah sahabat yang ikhlas bersahabat kerana Allah s.w.t.

Berkasih sayanglah kerana Allah, saling menolong, dan menjaga hubungan itu sehingga ke akhir hayat. Ini kerana Allah sangat sayangkan umatnya yang menjaga silaturahim dan saling menyintai sesama Muslim kerana-Nya.

“Teman-teman akrab pada hari itu (Kiamat) menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketakwaan.”Surah az-Zukhruf:67


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rabiatul Adaweeyah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam Pengkhususan Pengajian Media Dan Sejarah. Sekarang bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan buku.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami