‘Masjid’ ialah kata pinjaman dari bahasa Arab yang bermaksud ‘tempat sujud’. Bagi umat Islam, ia adalah satu tempat suci dan mulia yang dijadikan sebagai tempat ibadat khusus. Selain sebagai tempat solat, masjid juga menjadi tempat untuk mengembangkan dakwah Islamiah.
Pada zaman Rasulullah SAW, segala kemajuan yang dicapai oleh umat Islam pada masa tersebut bermula dari masjid. Di situ, mereka berkumpul, berbincang serta merancang strategi tidak kira dalam apa jua bidang. Justeru, dalam memupuk diri kita untuk mengimarahkan rumah Allah ini, ada baiknya kita tahu juga tentang adab-adab ketika berada di situ. Berikut dikongsikan;
Apa-apa sahaja yang hendak dilakukan, segalanya bermula dari niat. Begitu juga dalam melaksanakan amal ibadah, niatkan hal tersebut semata-mata untuk mengharapkan keredhaan dari-Nya sahaja.
Firman Allah SWT bermaksud;
“Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap kali memasuki masjid.”(Al-A’raf: 31)
Dari Jabir r.anhu bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;
“Barangsiapa yang memakan dari tanaman ini (sejenis bawang dan seumpamanya), maka janganlah ia mendekati masjid kami, kerana sesungguhnya malaikat terganggu dengan bau tersebut, begitu juga manusia.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 854 dan Muslim no. 1546)
Sebelum menuju ke tempat ruangan solat, masjid atau rumah Allah, pastikan kasut atau selipar yang dipakai dalam keadaan bersih. Ini kerana jika terdapat najis atau kotoran, dibimbangi ia akan mencemarkan kebersihan kawasan sekitar tempat solat tersebut.
Sebaiknya, sebelum memasuki ruangan solat pastikan diri kita dalam keadaan suci berwuduk.
Ketika memasuki masjid, hendaklah memulakan dengan kaki kanan. Begitu juga apabila kita melangkah ke tempat-tempat mulia yang lain.
Anas bin Malik r.anhu mengatakan;
“Termasuk ajaran Nabi saw, ketika anda masuk masjid, perlu didahulukan kaki kanan dan ketika keluar, dahulukan kaki kiri.”(Hadis Riwayat Al-Hakim)
Doanya seperti berikut;
“Allahummaftahli abwaaba rahmatika (Ya Allah, ampunilah dosaku dan bukakanlah untukku pintu rahmat-Mu).”
Jika terdapat Jemaah lain di dalam ruangan solat, sebaiknya kita menyapanya dengan memberi salam atau hanya senyum padanya sebagai tanda menghormati sesama saudara seislam. Adapun, jika tiada sesiapa di ruangan solat tersebut, memadai jika kita ucapkan; ‘Semoga keselamatan bagi kamu dan hamba-hamba Allah yang soleh’.
Dilarang sama sekali untuk lalu atau berjalan di hadapan orang yang sedang bersolat sekalipun solat sunat. Batasan larangan untuk dilalu adalah seluas sejadah atau tanda yang biasa digunakan untuk tempat solat. Namun begitu, hal ini diharuskan jika dalam situasi darurat iaitu jika tiada jalan lain yang boleh dilalu atau sekiranya seseorang itu solat di kawasan yang biasa menjadi laluan lalu lintas seperti jalur tawaf.
Perkara dunia yang dimaksudkan ini adalah urusan jual beli yang dilakukan di dalam masjid. Juga sama halnya jika berbual kosong, menyanyi lagu-lagu yang tidak memberi manfaat dan hal-hal lain yang tidak sesuai dilakukan ketika berada di dalam rumah Allah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Jika salah seorang dari kalian masuk ke masjid, maka hendaklah dia solat dua rakaat sebelum dia duduk.” (Hadis Riwayat Tirmizi no. 3426)
Rasulullah SAW bersabda;
“Dan, apabila seseorang keluar dari masjid hendaklah dia mengucapkan, ‘Allahumma inni as-aluka min fadhlika (Ya Allah, aku meminta kurniaan-Mu)’.” (Hadis Riwayat Muslim no.713)
Adab adalah sebahagian daripada akhlak dalam Islam. Sebaik-baik contoh teladan yang wajar diikuti adalah akhlak Baginda Nabi SAW. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat penulis dan pembaca semua. Wallahua’lam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.