Inspirasi

11 Kata Mutiara Dari Buku ‘The Monk Who Sold His Ferrari’ Oleh Robin Sharma

Oleh Natirah Azira  •  12 Sep 2019  •  3 min baca

Saya percaya bahawa buku akan sentiasa dapat membawa kita ke suatu dimensi yang baru. Akan ada perkara yang menarik yang akan dapat kita pelajari setiap kali menyelak helaian baru. Dan sesetengah buku juga kadang-kadang seperti mampu memahami apa yang sedang dihadapi. Ia seolah-olah bercakap memberi nasihat dan pesanan kepada orang yang membacanya.

Salah satu buku yang saya rasakan menarik dan mampu memberi input yang baru kepada cara hidup kita ialah buku tulisan Robin Sharma ini, ‘The Monk Who Sold His Ferrari’. Berikut 11 kata mutiara dari buku tersebut:

#1

“Every second you spend thinking about someone else’s dreams you take time away from your own”
“Setiap saat yang anda habiskan untuk berfikir tentang impian orang lain, anda mengambil masa daripada memikirkan tentang impian anda sendiri”

#2

“If there is a lack in your life, it is because there is a lack in your thoughts”
“Jika ada sesuatu yang kurang dalam hidup anda, ia adalah disebabkan ada sesuatu yang kurang dalam proses anda berfikir”.

#3

“A worrisome thought is like an embryo: it starts off small but grows and grows. Soon it takes on a life of its own.”
“Fikiran yang risau seperti embrio: ia bermula dengan saiz yang kecil tetapi terus membesar dan membesar. Lambat laun, ia akan terus hidup dengan sendiri”.

#4

“Worry causes your precious mental energy and potential to leak, just like air leaking of an inner tube. Soon you have no energy left. All of your creativity, optimism and motivation has been drained, leaving you exhausted”
“Kerisauan akan menyebabkan tenaga minda yang berharga dan potensi anda tiris, sama seperti udara yang terkeluar daripada tiub. Lama kelamaan, tidak ada tenaga yang tertinggal. Kesemua kreativiti, sikap optimis dan motivasi anda akan ‘kering’, dan menyebabkan anda kepenatan”.

#5

“You passion must, in some way, improve or serve the lives of others”
“Impian anda mestilah dapat memperbaiki atau membantu kehidupan orang lain”.

#6

“Quality of your thinking determines the quality of your life”
“Kualiti fikiran anda akan menentukan kualiti kehidupan anda”.

#7

“Anyone can revolutionalize their lives once they revolutionalize the direction in which they are moving”
“Sesiapa sahaja mampu merevolusikan hidup mereka apabila mereka merevolusikan arah tujuan mereka”.

#8

“You will never be able to hit a target that you cannot see”
“Anda tidak akan pernah dapat menembak sasaran yang anda tidak nampak”.

#9

“People spend their whole lives dreaming of becoming happier, living more vitality and having an abundance of passion. Yet they do not see the importance of taking even ten minutes a month to write their goals and to think deeply about the meaning of their lives”

“Manusia menghabiskan banyak masa bermimpi untuk menjadi lebih gembira, hidup dengan penuh semangat dan rasa keterujaan yang banyak. Tetapi, mereka tidak nampak kepentingan untuk meluangkan masa hanya 10 minit dalam sebulan untuk menulis matlamat mereka dan berfikir dengan mendalam tentang makna hidup mereka”.

#10

“Pressure is not always a bad thing. Pressure can inspire you to achieve great ends”
“Tekanan tidak selalunya perkara yang buruk. Tekanan akan menginspirasikan anda untuk mencapai pengakhiran yang hebat”.

#11

“Never set a goal without attaching a timeline to it. To breathe life into a goal you must attach a precise deadline to it”
“Jangan sesekali meletakkan matlamat tanpa menetapkan garis masa kepadanya. Untuk menghidupkan matlamat, anda mesti meletakkan bersama tarikh akhir kepadanya”.

Sesekali kita memerlukan kata-kata semangat yang baru bagi menggantikan suara-suara hati yang ada, yang kadang kala berbaur negatif. Semoga 11 kata mutiara ini dapat membantu kita melihat kehidupan dari sudut yang berbeza!


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami