Eksklusif, Kesihatan

#11 – Jom Baiki Pola Tidur Anda Dengan 8 Amalan Ini

Oleh Fizah Lee  •  3 Oct 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Ada orang yang mengalami masalah sukar untuk tidur. Ada pula segelintir dari kita yang sukar untuk tidur awal, mungkin disebabkan kerja sehingga lewat malam atau dalam kalangan pelajar yang bersekengkang mata untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tahukah anda, tidur yang cukup merupakan salah satu kunci kepada kesihatan yang baik kerana ia juga merupakan keperluan asas tubuh anda seperti aktiviti lain, iaitu makan dan minum.

Pada kita, tidur mungkin merupakan sebuah aktiviti rehat sahaja. Namun, sebenarnya semasa tidur, tubuh badan kita sedang bekerja keras untuk mengembalikan tenaga dalaman tersebut.

Otak kita juga sedang menghasilkan hormon yang menggalakkan pertumbuhan dan penjanaan semula tisu untuk memperbaiki pembuluh darah serta membantu menstabilkan emosi kita.

Disebabkan itu, setiap dari kita memerlukan tidur yang mencukupi. Mungkin ada dalam kalangan kita yang menghadapi masalah tidur. Jadi, untuk memperbaiki pola tidur anda, pelan efisien kali ini akan memberikan beberapa tips mudah kepada anda yang boleh diamalkan;

#1 – Wujudkan aura mengantuk di kamar anda – Tutup lampu atau malapkan ruang tidur anda kerana kegelapan boleh membantu badan anda menghantar signal kepada otak untuk segera tidur.

#2 – Pastikan tiada gajet di tangan anda – Elakkan daripada menatal telefon bimbit kerana ia boleh menyebabkan anda leka dengannya.

#3 – Basuh kaki sebelum tidur

#4 – Minum air putih

#5 – Pastikan ruangan bilik dalam keadaan sejuk atau tidak terlalu panas.

#6 – Elakkan daripada tidur pada waktu petang kerana ia boleh menyebabkan anda berjaga malam

#7 – Pasang air humidifier (pelembab udara) atau scented candle (lilin pewangi) untuk membantu memberi aura positif kepada anda.

#8 – Boleh juga memasang zikir atau bunyi yang menenangkan seperti bunyi hujan atau juga air terjun.

Jumlah waktu tidur bergantung kepada kumpulan umur. Beberapa kajian daripada pakar menunjukkan bahawa gologan dewasa memerlukan antara 7 hingga 8 jam waktu tidur.

Jadi, mula dari sekarang untuk mengenal pasti pola tidur anda dan ubahlah ia berdasarkan kesesuaian kerana kesihatan juga datangnya daripada gaya tidur anda.

Rujukan:
Why Sleep Important

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami