Tokoh

10 Tokoh Islam Terkini Paling Dikenali

Oleh Natirah Azira  •  6 Oct 2018  •  3 min baca

#1- Dr Zakir Naik

Dr Zakir Abdul Karim Naik ialah seorang ulama dan penceramah Islam dari India, pengarang serta peneraju Islamic Research Foundation. Beliau sering menyampaikan ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF).

#2- Nouman Ali Khan

Nouman Ali Khan merupakan seorang pendakwah Islam berketurunan Pakistan-Amerika, seorang pengarang, Ketua Pegawai Eksekutif dan ketua pengajar di Bayyinah, Institut Bahasa Arab dan Pengajian Quran.

#3- Mufti Menk

Nama sebenarnya ialah Ismail ibnu Musa Menk, ataupun lebih dikenali dengan nama Mufti Menk. Beliau ialah mufti dari Zimbabwe. Mufti Menk merupakan imam di Masjid Al Falaah, salah satu Masjid terbesar di Harare. Kegiatan Mufti Menk yang lain adalah mengajar di Darul Ilm di Harare serta menghadiri banyak persidangan agama dan juga seminar.

#4- Yasmin Mogahed

Yasmin Mogahed dikenali dengan penyampaiannya yang bersifat reflektif sama ada melalui buku-buku yang ditulis atau ceramah yang disampaikan. Beliau merupakan seorang graduan dalam bidang Psikologi manakala Ijazah Sarjananya pula dalam bidang Komunikasi dan Kewartawanan dari Universiti Wisconsin-Madison. Kini, beliau menjadi salah seorang pengajar di Institut AlMaghrib, penulis di Huffington Post, penceramah antarabangsa, dan juga pengarang. Beliau menumpukan soal spiritual dan pembangunan diri dalam hasil kerjanya.

#5- Dalia Mogahed

Dalia Mogahed adalah wanita Islam yang mendapat kepercayaan menjadi Penasihat Presiden Barack Obama di White House. Wanita kelahiran Mesir ini juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Mogahed Consulting.

#6- Yusuf Estes

Yusuf Estes (atau Joseph Estes) merupakan salah seorang Menteri Amerika dari wilayah Texas. Beliau yang asalnya penganut agama Kristian telah masuk Islam pada tahun 1991. Beliau juga dikatakan pernah berperanan sebagai delegasi Muslim ke Persidangan Keamanan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pemimpin-pemimpin agama pada September 2000.

#7- Omar Suleiman

Imam Omar Suleiman merupakan Pengarah Institut Yaqeen, sebuah organisasi yang menjalankan kajian tentang Islam. Beliau juga adalah salah seorang tenaga pengajar di Universiti Southern Methodist, juga seorang pengkaji di Pusat Islam Valley Ranch.

#8- Maulana Tariq Jameel

Maulana Tariq Jameel ialah seorang ilmuwan Islam berketurunan Pakistan, seorang pendakwah dari Tulamba (daerah berdekatan Punjab). Beliau merupakan salah seorang ahli Jamaat Tablighi dan seorang pengkaji yang menguruskan sebuah madrasah di Faisalabad, Pakistan. Beliau dicatatkan sebagai pendakwah berpengaruh pada tahun 2013/2014 dalam versi buku The Muslim 500.

#9- Taqi Usmani

Muhammad Taqi Usmani berasal dari Pakistan. Beliau ialah seorang pengkaji dalam bidang perundangan Islam dan pernah menyandang jawatan sebagai hakim di Mahkamah Syariah Persekutuan Pakistan dari tahun 1981 hingga 1982. Bidang kepakarannya ialah kewangan dan juga perundangan.

#10- Bilal Philips

Abu Ameenah Bilal Philips ialah seorang pendakwah Islam kelahiran Jamaica, dibesarkan di Kanada dan sekarang menetap di Qatar. Beliau kerap muncul di Peace TV, iaitu saluran TV satelit Islam 24 jam. Beliau masuk Islam pada tahun 1972. Pada awal tahun 1990 beliau mendapat anugerah PhD dari Universiti Wales.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami